Semester Baru

Assalamualaikum.

Sebenarnya, saya masih dalam ketiadaan mood nak update blog sebab PTPTN tak masuk masuk lagi. okay, padahal baru seminggu masuk kelas. maybe sebab result lambat keluar itu yg PTPTN pun lambat masuk. Dengar cerita bulan 3 baru masuk dan awal bulan 3 saya nak merantau ke Kuching. Dari celah mana saya nak korek duit pegi sana? Agak agak RM50 boleh menampung nafsu saya nak membeli belah kat sana tak?

Peh. Ini dah seropa luahan hati bersama rakyat pulak. Ya, memang saya tak puas hati dengan PTPTN. Ooo.. time nak bagi, lambat aje. Time nak mintak balik, laju aje mintak nya. Takpa takpa, since ini adalah kali terakhir saya guna duit PTPTN, saya akan cuba utk rilek rilek. Ya, kali terakhir sebab saya sekarang dah last semester (insyaallah). Jangan ada subjek yang tersangkut dah la. Hopefully.

Okay, disebabkan saya sekarang dah last semester. Kadang kadang saya terpikir dan terperasaan, adik adik junior ni tau ke idak yg saya ni senior? kah kah kah. Okay, saya paling suka kalau awal awal semester gini sebab adik adik junior mesti nampak skema gila. Lelaki mesti pakai baju kemeja siap neck tie lagi. Yang perempuan pulak, normal la kalau pakai baju kurung tapi deme mesti pakai kasut bertutup. Senior kalu mesti pakai sandal aje. dan Senior lelaki selalu nya pakai kemeja time hujung semester aje pasai ada presentation. kah kah kah.

Ada masa jugak saya buat analisis pasal junior ni ya? Patut lah final year project tak siap siap. Sibuk analisis benda lain.

4 comments