Masa Di Hadapan

Assalamualaikum.

Lagi 6 bulan, cukup 24 tahun saya hidup dalam dunia ni. Tiba tiba terpikir, apa yang akan jadi pada saya lagi 24 tahun nanti. Takpayah tunggu 24 tahun nanti, untuk tahun depan. or even tahun ni. Apa yg akan jadi dalam hidup saya. Since saya akan grad bulan October nanti (insyaallah). Macam mana dengan kerja saya nanti, lepas grad, berapa lama perlu saya tunggu untuk dapat keja. Or bila dah keja, macam mana kehidupan saya bila dah dapat keja. Cukup pakai minum tak nanti.

Family, akan ada family sendiri tak saya nanti? Mak dah suruh saya cari teman dan kahwin. Katanya, nanti ada orang yang akan jaga saya bila dorang dah takda. Seriusly, saya tak boleh bayang hidup saya tanpa mak dan abah saya. Ya Allah, panjangkan lah umur mereka, berikan mereka kesihatan yang baik. Amin.

Sekarang, kalau ada problem boleh mintak tolong abah or family or kawan kawan. Dan family, sampai bila dorang boleh jaga saya. Dorang pun mesti akan ada family sendiri, tanggungjawab sendiri. Kawan kawan, dorang pun akan ada family sendiri. Susah nak cari kawan yang akan sentiasa dengan kita sampai mati. Kawan kawan pun ada masalah sendiri kan?

Tapi, yang paling penting sekarang adalah sekarang. Sekarang, saya perlu siapkan FYP dan nikmati kehidupan sebagai seorang pelajar tahun akhir. Pasai lepas ni, tak sure akan sambung belajar lagi ke tak. Dulu dah bagitau Mak, nak sambung lagi tapi Mak suruh keja dulu. Huhu. dan yang pasti masa depan saya bergantung pada masa sekarang saya. Gambatte!

3 comments