Miss Promoter

Di supar-market.

"Amoi, tak mau beli air ni? You beli dua botol, harga RM7 saja. nanti percuma gelas lagi ma."
"Oo.. takpa takpa."
"Ini gelas, kalau nak tukar color lain pun boleh maa...."
"Oo... takpa takpa..."
"Ini gelas tak mudah pecah, cantik pun cantik maa..."
"Aunty, air ni. kalau I tak simpan dalam fridge. Boleh tahan lama tak?"
"Ooo... tak boleh maa.. mesti simpan dalam fridge."
"Haaaa.... rumah saya takda fridge. So, saya tak boleh beli."

Promoter ni, tau la keje nya mem-promote barang. Tapi at least, pandai pandai la tengok keadaan. Line clear ke tak time nak promote tu. Untuk promoter sekalian, "Takpa" itu adalah kata ganti untuk  "Taknak". So, bila orang tu cakap "takpa" atau nak nampak urban sikit, "its okay", maknanya depa tak mau beli. Ini tak, orang dah cakap takpa pun still nak promote promote. Promote menda lain okay jugak. Ni gelas, hek eleh. Macam gua ni tak pernah jumpa gelas pulak. Nasib saya masih punya kesabaran. Hurm.

Saya paling tak suka bila pegi kedai, ada ekor yang akan ikut saya. Ekor? ke bayang bayang? Tak kesah lah. Cik promoter, kalau saya nak beli. Nanti saya amik, saya terus pegi kaunter okay? Kalau saya nak tanya apa apa, nanti saya panggil. Ni awak follow saya ni, awak nak tolong pegang barang saya ke?

So far, kalau setakat ikut saja saya boleh terimapakai lagi. Yang ikut bersertakan suara tu yang rasa nak keluar terus dari kedai tu. Tokey kedai, sila take note benda benda macam ni. Kadang tu, tokey kedai yang beriya suruh promoter tu pegi layan customer. Maybe depa semua kena belaja the art of promoting. Hurm.

Bagi saya, untuk menjadi seorang promoter yang terbaik adalah dengan cara meramahkan diri dengan customer. dan maybe ada ilmu pukau sikit.

"Eh adik, kenapa beli satu saja. Beli dua sebab barang yang kedua harga dia seringgit aje. Rugi tak beli"

Bagai dipukau, "Err.. okay, saya beli dua" Padahal, masa amek tu saya dah nampak harga beli dua lagi murah. Tapi, since saya takut membazir, saya amek ja satu. Huhu

"Haa.. macam tu lah, beli je dua. Buat stok. Kita tak tau lagi bila harga macam ni lagi."
"Okay okay. Body scrub yang kaler hijau tu dah habis eh?"
"Yang mana? hish, takkan la habis. Ada je. Kejap saya pegi amek ya."
"Okay okay, yang hijau tau. Olive punya"
"Haa.. ini punya ada diskaun ni, bagus ni."
"Okay, Saya beli semua"

Tapi saya sendiri pun takda art of promoting, saya tak peramah, saya takda ilmu pukau. dan sebab tu saya tak boleh jadi promoter.

3 comments