Sorry Kalau Terasa

Assalamualaikum and sorry blog, pasai lama gila tak update awak. Awak sihat? Saya, sibuk buat buat sibuk kat sini.

Before tu, sejak bila blog dah bertukar wajah ni. Serius, gua tak suka. Ini menambahkan lagi alasan kenapa saya tak update blog. Hey hey hey. Lu update ke tak update ke, ada orang kisah ke?

Okay, sebenarnya saya agak bosan dengan industri blogging zaman sekarang ni. Pasai pa? pasai, asal saya kelik link blogger tu. Mesti penuh dengan gamba gamba syok sendiri dorang. Gamba kenyit mata sebelah, mulut kembung. Kelik link next blogger pulak. Penuh gamba duckface dengan color lens nya. belum kira gamba yang caption "Tembammmm nya saya". gamba aksi jelir lidah ala ala kiut. Alamak, memang kiut sangat awak buat macam tu. Kiut sampai saya jeles tak mau tengok terus kelik pangkah terus. Hurmm... Blogger lelaki suka la boleh cuci mata kan?

Okay fine, saya pun maybe ada pernah buat macam tu. Dan saya merasakan itu semua sindrom remaja dimana hanya remaja yang berjiwa pemberontak dan tahap curiosity yang tinggi serta degil malah tak mau terima pakai nasihat orang yang akan buat semua tu. So, kalau ada yang tak berapa nak remaja tu buat aksi macam tu jugak. Saya, tak tau nak kategori kan ia sebagai sindrom apa.

So, never mind. Lantak dorang lah dorang nak post gambau cemana sekali pun. Yang pasti, nanti bila deme tu semua dah beranjak matang dan berusia sikit. Mesti deme sendiri yang rasa malu dengan diri sendiri bila tengok gamba tu semua. Sebagai mana saya merasakan sekarang.

Tapi, kenapa takda blogger lelaki yang nak taruk gamba macho dorang kat blog dorang ya? Kalau ada, rajin la jugak saya nak update blog ni. Eh, tapi saya tak berapa suka jugak kalau lelaki suka tayang gambau kat blog. Sori, kalau awak terasa. Ya, awak lah.

Since cerita Jalan Jalan Cari Makan JJCM tu dah tak boleh pakai. Hari ahad, jam 12pm boleh off TV kejap tak pun tukar channel tengok cerita lain. Saya memang berterima kasih kepada blogger yang suka cerita pasai makanan, review mana mana kedai makan. Siap dengan gambau lagi, cerita saja tak guna. Kalau baca time perut lapau, memang meroyan kejap.

Kalau yang abang kamera-man tu, yang suka post gambau kawin, gambau pokok, gambau apa apa saja lah. Saya mintak maaf lah, saya punya line intenet kadang tu memang mengundang carutan. Tak carutan, tumbukan padu atas meja. Kadang tu, nak tunggu siap loading satu gambau pun tunggu berminit minit minit jugak. So, saya akan skip blog tu untuk kasi laluan kepada blog yang lebih santai dan cepat loading. Melainkan, kalau ada abang hensem. Saya usaha jugak lah tunggu berminit minit minit tu. Dan jugak, kalau saya tahu yang gambau abang kamera man tu berbaloi untuk ditunggu berminit minit minit.

Actually, hari ni adalah hari ulang tahun Mak saya yang ke 54. Even 54 tahun, di mata saya dia baru nak masuk 45 tahun. So, stay young and healthy mum!

3 comments