Amoi a, dui bu qi.

"Hello, boleh saya bercakap dengan Cik Farhana?"

Aaa.. ya saya. Kenapa?

"Okay, saya buat panggilan dari Bank. Cik Farhana free tak sekarang?"

Sekarang, tak free la.

"Kalau macam tu, bila cik free? nanti saya call balik."

Saya tak free la. Kenapa, ada apa?

"Okay, saya ada promosi untuk kad mastercard."

Oohh. takpa takpa, saya tak nak.

"Kenapa cik tak nak? ini bukan kad kredit. ini kad debit."

Takpa takpa, kad kredit ke debit ke apa ke, saya tak berminat.

"Cik tau ke apa yang saya nak bagitau? kenapa cik cakap cik tak berminat, saya belum bagitau lagi."

Awak bagitau ke tak bagitau ke, saya tak berminat. Saya ni student. Takda masa nak layan kad kad ni semua. Saya ada banyak project nak buat, assignment, test. final year project lagi. Awak rasa saya ada masa nak berminat dengan kad awak ke. Sorry la ya, saya tak nak.

*tekan butang merah*


Yeah. Baru puas hati. Orang balik kelas penat penat, berani dia main bedal talifon orang time tu. Time tu pukul 5, sepatut nya pandai lah pikir time tu orang baru balik keja. Penat, nak rehat. Memang silap timing dan silap orang lah amoi tu. Itu, berani lagi nak banyak songeh. Bila saya cakap, saya tak berminat dia macam bengang. Huih. Lantak la kome. Ini lagi satu, kena belajar dulu taktik nak buat iklan melalui talian. First sekali, tengok timing ya. Ada ke call pukul 5, time macam tu orang tengah stuck kat jalan raya tau tak.

Tapi, buleh pulak saya buat luahan hati stress dengan project bagai dekat dia kan. Haha. Ya, sebab time tu saya baru balik dari makmal, buat final year project. Hahaha. Sekian, terima kasih.

7 comments