Bukan Kurap

Assalamualaikum.

dan hai!

Okay, last week saya pegi Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dekat sini. Sebenarnya takda sakit apa pun, tapi ada masalah kulit sikit lah. Haha. Tapi since saya bayar untuk perkhidmatan kat PKU ni, jadi nya saya rasa tak salah kalau saya saja saja pegi kan. Lagi pun, this is my last semester rite? Insyaallah. So..

Bilik Dokter

Dokter: Okay, sakit apa?

Err.. tak sakit tapi ada masalah kulit. gatal gatal. dari bulan january lagi, tak okay okay. sampai sekarang. *sambil tunjuk tempat gatal tu.*

Dokter: Ini maybe ada kena gigit dengan something and awak tak perasan.

Yup, iya lah kot.

Dokter: Hurm. tapi ni mesti awak garu kan?

Lah. dah gatal, tak kan la tak garu. Gatal kot.

Dokter: Jangan garu, sebab garu lah jadi makin teruk sampai macam ni.

Tapi dan gataalllll sangat.. Mana boleh tahan.

Dokter: gatal tu sebab ada kuman masuk, Baru nak sembuh, awak garu. So, kulit koyak balik.

Ohh.. kalau nak sembuh tu dia memang gatal ke?

Dokter: Err.... tak jugak. Takpa, nanti saya kasi ubat.

Ubat apa? Saya ada amek ubat telan, ubat sapu dua jenis. tapi tak okay okay pun.

Dokter: tak tak, kali ni saya bagi yang lagi power.


Kaunter ubat

Akak Ubat: Farhana....

Ya, saya.

Akak Ubat : Oh. awak farhana yang ada gatal kulit lepas tu garu sampai kulit melecet tu eh?


Erkk.. Siot betul dokter tu.


Hey, sapa yang tak garu kalau gatal. Tahan kentut lagi senang dari tahan gatal, tau tak. Okay, unless lelaki gatal. Yang tu memang tak perlu di garu pun. -.-"

9 comments