Jumaat dan Pra Alumni

Assalamualaikum.

Jumaat lepas, saya ada join satu program Pra Alumni. Sebenarnya, saya pun tak tau apa objektif sebenar Alumni ni. Deme kata nak kumpul rekod pelajar selepas grad. Hurm, maybe deme nak tengok student lepasan universiti ni boleh cari makan ke idak after grad. Hurm. maybe lah.

So, kira nya saya pegi daftar jadi ahli Alumni lah ni. Deme cakap, patut nya daftar after grad. Tapi, disebabkan deme tak mau kami - kami terhuru - hara nak pegi daftar after grad, maka nya deme buat sesi pendaftaran awal awal. itu mengikut yang saya dengar lah. kalau salah dengar, salah lah jadi nya.

Untuk pendaftaran tu, kami kena pakai jubah konvo bersama topi nya. lepas tu amek gambar. nanti dekat kad Alumni, ada le gambar pakai jubah konvo. Konon konon dah grad lah ni. Serius, masa duk try try jubah ni,  rasa tak sabar gila nak abis belaja. Even pointer ke longkang, saya tarak peduli apa. janji saya abis belaja.

Testing jubah. Test test one two three. Aih. Macam besar sangat pulak. Tapi bukan jubah memang besar ke? -.-"

Sepanjang program tu, ada la sesi talk - talk bersama bekas pelajar kat sini yang dah berjaya kat luar sana. Bila dengar deme tu ber-talk, saya merasa kan deme tu gila duniawi. Sorry, tapi itu lah yang saya rasa. Ada yang cerita pasal nak cari duit. Memang duit ni penting, tapi jangan lah sampai melampau. Bagi saya, saya tak nak jadi bisnes man, invest sana invest sini semata mata untuk mencari duit. Keja biasa biasa pun okay kalau itu dah boleh buat saya berpuas hati dengan hidup saya. Yang penting, akhirat kelak. Tapi, maybe orang tu ada tahap yang dia nak capai, tahap yang buat dia puas hati. apa apa pun, berbalik kepada individu itu sendiri.

Ada jugak yang cerita pasal kehebatan keja masing masing. "Yes, i'm project engineer. Gaji riban riban. Itu project saya yang buat. Ini project kebanggaan saya. Nak jadi project engineer kena tahu itu ini. Ini kalau pembaris pun tak kenal, tok sah berangan nak keja dengan saya." Amboih!

Lantak lah deme. Buat lah ikut kepuasan hati masing masing. Ada orang, dapat ais krim Mat Kool pun dah puas hati. Ada orang, selagi tak dapat ais krim magnum, selagi tu dia tak puas hati. Kalau saya, dapat ais krim solero vanila lime tu pun dah kira syiok.

Tapi sebenarnya, sepanjang deme duk bercerita tentang ke-power-an kerja masing masing, saya kat belakang sibuk ber-twitter, ber-lelapan mata, ber-snap snap bersama rakan dan taulan.

 
Time ni gila punya mengantuk. Ya la. program pukul 8. Selalu nya paling awai saya bangun jam 10 pagi. ehem.

Deme suruh posing dengan kad matrik. Mentang mentang gambau deme semua lawa. Ces!

Last sekali ada sesi Bergambar mengikut major. Ya, kata nya nanti deme akan terbit kan satu majalah sekolah yang nanti ada gambar gambar student mengikut major masing masing. Yeay! Tapi kat sini saya tak taruk gambau bersama mengikut major pasai saya tak nak taruk lah.

 Budak tak betul. kecuali yang hujung sekali belah kiri.

Begitu lah jua, hari jumaat saya. Sekian, terima kasih.


P/S:  The good times of today, are the sad thoughts of tomorrow.

8 comments

  1. waa akak engineer ^^ betul2, x pyh nk kejar duniawi sgt. duit tu x dpt bwk masuk kubur :)

    ReplyDelete
  2. Umie, Iya, ikut suka hati deme lah.

    Izatty, oppss. ku tak layak di panggil sebegitu. huhu

    Kakya, hey hey hey!

    ReplyDelete
  3. bgus jgk buat awal2 mcm nie..sy dlu buat beberapa b4 mjlis konvo kot? so, tinggal bape ari lg tuan belog nk abis blaja? misti xsbr2 kan..hihi

    ReplyDelete
  4. miss erma, itu lah. tapi kali ni ramai yg takdatang sb ingatkan tak penting. hehe. lagi 2 bulan kot. huhu

    ReplyDelete
  5. macam kenal tempat ni...kat uthm ke?

    ReplyDelete
  6. cik lyndawawa, yeay. betul betul. UTHM.

    ReplyDelete