Microwave Office

Assalamualaikum dan hai.

Last week saya pegi satu mock interview untuk satu company ni. Tapi dengan lecturer je lah. So...

Lecturer: Tell me about your writing skill? Can you use any software?

For writing skills, I can use Microwave software very well.

Lecturer: Haa? Microwave software? Awak guna microwave? Microwave ke Microsoft ni? hahaha.

Ehh.. Alamak, microsoft office la Dr. Saya cakap microwave ke?

Lecturer: Tulis report pakai microwave? Hahahaha.

Ala Dr. Sorry.. saya tengah pikir pasal FYP ni. Project saya pakai CST Microwave Studio. Tu yang duk ingat microwave je tu. hehehe............

Lecturer: Haha. Okay takpa takpa.


Okay, sebenarnya saya suka suka je pegi inteview tu sebab saya takda pengalaman pegi inteview keja. Tak tau macam mana perasaan gabra nak pegi inteview keja. So, before betul betul pegi inteview after grad nanti, saya nak try satu inteview kat sini. At least, takda la gabra sampai mulut berbuih nanti kan.

Kebetulan pulak inteview tu buat time saya tengah kalut dengan FYP. Pagi tu saya pegi lab kejap, buat project. Then tengah hari stop kejap sebab nak pegi inteview tu. Tapi otak still penuh dengan FYP je. Sebab lepas inteview, saya kena pegi lab balik untuk setelkan project.

itu pun patut nya petang tu jugak, after inteview saya ada satu presentation. nasib presentation tak jadi, kalau tak entah apa saya merapu. Haha. So, peringatan untuk diri sendiri, make sure otak tengah rileks dan betul betul focus pada inteview tu saja.


P/S: Nasib lah lecturer tu tau pasal software CST Microwave tu. kalau tak, tak tau lah apa dia pikir pasal saya. -.-"

Tapi, dalam hidup ni, kita memang banyak alasan kan?

11 comments