Provider Yang Melampau

*check kredit*

Pehh.. semalam gua baru je topup RM10, tengok hari ni dah tinggal RM0.90. Amboih, Maxis memang bayar gaji staff dengan curi kredit orang tak tentu pasal macam ni eh? Okay, then saya call 11311 tapi takda satu option yang memboleh kan saya berborak mesra dengan orang maxis. Okay fine, then saya call 1300820120.

Dia punya intro iklan pun dah 5 minit. "Sekiranya ada ingin mendapatkan nombor PUK, sila dial 11311. Anda boleh melakukan itu semua dengan mendail 11311, ianya 11311". Dia punya ayat lebih kurang macam tu la. Motif nak ulang benda yang sama? Ya, untuk memanjangkan waktu perbualan sebab talian 1300820120 tu dikena kan caj. Dah la tolak kredit sesuka hati, ada hati lagi nak panjang kan perbualan. Nak duit orang lagi le tu.

Masuk bab nak pilih bahasa pulak, 1 minit. Before buleh bercakap dengan orang maxis, ada la dalam 3 minit. macam macam benda yg Akak Komputer tu nak membebel. Then, dah boleh berborak dengan orang maxis.

"Hello, boleh saya bantu?"
"Haa. Ye, saya ada masalah dengan maxis. Saya baru topup bla bla bla bla bla bla...."
"Err.. boleh saya dapat kan nombor talifon cik?"
"Okay, 012 bla bla bla bla."
"Boleh saya dapatkan nama cik"
"Okay, saya bla bla bla"
"Okay, apa tadi masalah cik?"

Damn. Serius damn. Tadi kan dah tanya. Abes bersembur air liur gua explain. Boleh dia tanya lagi sekali. Motif? ya, untuk panjangkan waktu perbualan. Sebab dari duit yg dicaj masa waktu perbualan itu lah deme membayar gaji gaji orang maxis ni.

"Saya baru topup lepas tu bla bla bla bla bla bla bla bla..."
"ooo... cik cakap cik baru topup dan kemudian bla bla bla bla bla"

Lagi sekali, tak perlu nak ulang apa masalah gua dengan lu. Lu patut nya selesaikan masalah gua. Oh panas nya hati ini.

"Ya, betul tu.."
"Okay, so..........."

Tiba - tiba, talian terputus. Sebab kredit dah abes.

Kesimpulan nya di sini, kalau nak call maxis punya customer service, make sure kredit menggunung. Kredit yang kena tolak tu, gua tak tau la status dia halal ke haram. Maybe kena tanya Bang Azhar. Ah sudah lah. Nasib lah maxis ni hanya sandaran di hati ku. Lagi satu, saya ni pelajar. RM10 tu buleh buat tambang pegi JB dari BP tau dak? Betapa bernilai nya RM10 tu buat saya. Sesuka hati ja nak amek..


1 comments