Result and Analysis

Assalamualaikum dan hai.

Okay, saya baru lepas blogwalkingthrough kat blog Si Yuyu tu. Rasa nya tak perlu bagi link kot, pasai saya konfiden ramai yang bookmark blog dia tu. Ehem. Saya agak terkesima jugak bila tengok dia punya result. Even dia tak mention berapa pointer dia tapi result dia memang dean list lah pasai ada satu je C. Kalau takat satu je C, rasa nya adik adik tak perlu risau. Lain lah kalau ada dua C, result adik adik memang boleh ke laut. Hal ini telah pun saya rasai sebelum ini. Masa tu memang rasa nak cari gaduh dengan lecturer tu, lagi lagi kalau subjek tu ada lah subjek picisan. Ya, picisan pun picisan jugak tapi ia nya memberi effek besar kepada pointer anda, ya adik adik. Oh ya, before tu, ini bukan cerita pasal entri latest dia. Dua entri before yang latest kot. Ahh.. janji entri yang ada tayang gambar pointer dia. Dapat result gempak boleh lah tayang, cuba dapat result teruk. Nak print screen pun segan oi. Okay, ni saya kutuk diri sendiri ya.

Tapi, di sini saya dah buat satu kesimpulan. rata rata si blogger tegar dan hebat dapat pointer yang gempak, contoh nya Si Hanis Zalikha. Siap dapat anugerah lagi tu. Hurm. Sapa lagi ya? Itu je lah yang saya tau pun. Jadi, saya compare kan dengan kekerapan saya ber-blogging dengan pointer saya dan saya merasakan punca pointer saya rendah adalah kerana saya kurang ber-blogging. Masa kat tempat belajar lama, kadar kekerapan ber-blogging saya boleh dikatakan agak kerap iaitu almost hari hari nak update dan masa tu, pointer saya. ehem. agak memuaskan hati saya.

So, saya rasa in order to increase my pointer, i need to blog blog blog more. Tapi, dek kerana ini adalah last semester saya, saya rasa adalah terlambat. Jadi, untuk adik adik di luar sana. maybe boleh try, blogging secara kerap dan tengok result nya nanti. Kalau dapat pointer adik adik, makin teruk. Jangan salah kan saya kerana saya cuma menganalisis data tersebut. lagipun saya dalam mode menganalisis data untuk final year project saya. Sekian terima kasih.


8 comments