Last Memories of Us :)


assalamualaikum dan hai. okay, before dan after saya abes final exam aritu, member kelas ada buat satu BBQ, konon nya untuk meraikan kami yang bakal tamat belajar. BBQ ni hanya utk student perempuan saja since bilangan student lelaki kelas kami ni buleh kira pakai jari tangan je. Untuk menu, semua nya di masak sendiri member kelas saya, yup. member kelas pasai saya tak masak in fact tak tolong pun. Haha. pasai masa dorang duk masak tu saya ada hal. Menu malam tu, laksa penang, mee kari and soto. untuk BBQ, ada ayam bakar dgn sosej kot. tak sure sebab saya tak sempat nak jamah. oh ya, then ada ketupat sotong. nyam nyam.




Saya tunggu betul betul depan laksa sebab itu je yang saya suka. haha. dan, saya memang cedok banyak, ikut nafsu perut sendiri. tak peduli orang lain pun. dah la tak tolong masak. teruk betul. hahaha.

takda sesi membakar ayam sebab kami buat jamuan ni dalam university, orang university tak bagi bakar kat situ sebab takda lecturer yang join utk pantau. so, dorang bakar awal awal. then datang makan ramai ramai. sambil sambut besday member saya jugak. dan semperna makan buah durian yg dorang beli.




then, before saya balik. deme semua ajak main golf. konon nya last nak main sama sama, dulu last main time first sem kat sini. ingat lagi time tu, kononnya kitorang nak pulun abes semua game yg ada kat sini. dari naik basikal keliling universiti, sampai ke main kayak, sampai ke main golf. rock climbing tak main, segan punya pasal. lagipun, student yang handle game tu. badminton pun tak main sebab nak kene book court la, raket pun takda. yang paling rugi, kolam renang. tak sempat nak merasa sebab sampai sekarang pun tak siap siap lagi. hadoiii. kira nya, main golf time first sem masuk kat sini dengan last sem. pembukaan dan penutupan.

dulu zaman sekolah menengah saya ada masuk kelab golf, tapi ehem ehem. bukan nya reti pun nak main. haha.





then, saya cabut awal sebab nak kena gerak awal. Sedih betul. Bila la pulak buleh hu-ha-hu-ha dengan dorang ni. tapi takpa, apa yg penting sekarang, saya kena habes kan praktikal ni dengan jaya nya. oh ya, next week saya start praktikal :)

4 comments