Praktikalicious II

assalamualaikum dan hai.

alhamdulillah, tinggal lagi 7 minggu saja lagi. minggu depan start minggu ke 4 saya praktikal. setakat ni, not bad la. maybe awal awal tu tak biasa lagi dengan perangai sesetengah orang tapi takpa, kita sendiri pun ada perangai buruk yang orang tak boleh terima. so, kita terima orang dengan seadaanya :)

geng praktikal pun gila gila. nasib ada dorang, so takda la boring sangat. tapi minggu lepas dah start buat perangai. melepak aje keja nya. masuk keja lambat, keluar lunch awal, petang keluar makan. balik keja awal. hahaha. gini lah jadi nya kalau praktikal kat gomen. kot? tapi sebenarnya peel sendiri jugak kan.

keja yang ada kebanyakkannya budak poli yang buat. tapi macam pelik gila, dorang tak bosan pun berkurung dalam opis. technician ajak buat kerja kat luar pun dorang tak mau. kalau saya, saya yang mintak nak ikut. dorang tak bagi ikut, saya ikut jugak. haha.

setakat ni, selain belajar apa yang patut pasal service n system kat sini. saya jugak belajar cara nak "masuk" dengan staff kat sini. Kat sini technician semua lelaki, so kalau buat keja kat luar. memang akan dikelilingi lelaki. saya tak kisah sangat bab tu. hahaha. tapi mostly, dorang ni smoker. so yang ini lah yang kena belajar tadi tu, belajar tahan asap dan bau rokok. Phew, harap hidung saya ada filter terbaik punya. haha.
 
btw, sekarang dah start cari keja. susah jugak cari keja ni ye. lagi susah kalau takda pengalaman. nak cari kerja pun tak yakin. huhhu. wish me luck!


1 comments