Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Lepas habis belajar haritu, tahun 2012. Saya balik kampung dulu sambil sambil cari kerja, masa tu serious tak tau nak kerja apa sebab I'm not that ambitious pun sebenarnya. Hmmm

Tapi sebab konon nak independent, apply je semua kerja yang ada. Alhamdulillah, dapatlah kerja Customer Service TM, tapi hati masa tu agak berat sikit. Pastu apply lagi kat tempat lain, alhamdulillah dapat lagi kerja contractor fire fighting system. Even macam tak tau pape pasal kerja tu, tapi masa tu semua sanggup je. Tapi masa tu pun sama jugak, rasa berat hati jugak nak pegi kerja tu sebab area office tu macam scary gila, kalau tak silap kat Sentul. Masa pegi interview pun menapak jauh gila dari KTM. Siap ada anjing lagi, dah la penakut kan. Tapi konon sebab first time nak kerja kan, rasa macam okay kita terima je lah, tak payah nak memilih sangatlah. Orang kata budak fresh tak boleh memilih kerja, so kita amik je laa. Okay, masa ni balik kampung dulu sebab company tu suruh masuk awal bulan depannya tu.

Pastu lagi, sebelum masuk kerja kat Sentul tu ada member ajak kerja dekat company yang dia kerja, consultancy firm tapi kat Johor Bahru. Time tu memang laju je terima sebab memang tak berapa nak suka kerja kat KL sebenarnya, terima pun sebab no choice kononnya. Pun sama jugak, even tak tau pun kerja apa, laju je gerak pegi JB. Ya, saya memang sejenis gamble, redah, ikut kepala sendiri, tak pikir panjang gitu.

And alhamdulillah, saya serasi dan maintain dalam bidang construction dari haritu sampai lah 2020 haritu. Sebab lepas tu saya resign sampai lah sekarang ni, 2021 😂

Kalau diikutkan, saya memang suka dengan kerja saya dulu. Resign pun sebab banyak faktor faktor lain and kalau keadaan mengizinkan maybe saya akan kerja balik kalau still diterima lah. Hahaha 😂

Bila dah beransur ansur nak masuk usia senja ni, mula rasa rindu masa zaman jadi student dulu kan? Almost semua kawan kawan masa zaman belajar dulu pun dah kawin, sekarang semua pakat duk lumba kumpul anak 😂

Dulu masa belajar, sibuk nak habis belajar cepat cepat sebab dah malas nak pegi kelas, sibuk nak keje, tak sabar nak pegang duit sendiri kononnya. Tapi rupanya bila dah keje, memang boleh pegang tapi kejap je sebab lepas tu duit terus hilang buat bayar hutang sana sini. Kadang tu, tak sempat nak pegang pun sebab transfer online je kan 😝

Tapi yang paling berharga dan nikmat, bila kawan kawan masa belajar dulu still sama macam dulu, even masing masing busy dengan tanggungjawab & komitmen keluarga sendiri tapi still luangkan masa dengan kawan kawan, still ada bila kawan kawan susah senang. Masa bersama maybe dah takda tapi friendship tu still kekal macam dulu even jauh 💓

Thanks sebab selalu ada, 2007

 

Okay, baru habis scroll entri lama, cerita lama pastu geli dengan diri sendiri. Entah cemana dulu boleh tulis gedik gedik gitu. Sekarang pun gedik jugak tapi cara tahun 2021 lah, eh tetiba. Tapi takpa la, itu la yang paling bernilai sekarang, means bukti or kenangan pernah menjadi gedik satu masa dulu dulu tu. HAHAHA!

And baru teringat balik, saya start blogging dulu sebab nak hilang kan bosan lepas arwah kawan saya meninggal. Kematian dia memang bagi satu tamparan? peringatan? pelajaran? kepada saya, sorry I couldnt think the suitable word for that. Dah lama tak menulis, otak tepu sikit.

And I think hikmahnya saya bertemu dengan dia and berpisah mati dengan dia adalah, dia dah buat satu benchmark or satu criteria lelaki yang saya nak cari bila nak berkawan secara serious. Bunyi macam yek yek je kan, nak demand lelaki macam itu, macam ini bagai padahal dia tu bukannya elok mana pun. Tapi, ya memang itu la realitinya. Sapa je taknak yang baik oiii.

Because he's such a good guy, and when I meet another new guys, I keep comparing the new guys with him, and terus rasa macam where else can I find someone like him again? Rasa macam susahnya nak jumpa lelaki baik macam arwah lagi. Bukan lah lelaki lain tu tak baik, baik jugak tapi tak serasi maybe?

Until, around 2014 or 2015. I met someone and he is the only man yang can beat arwah, actually dia lagi better lah kan. Kalau tak, takkan la kita boleh terima dia, ye dak? And alhamdulillah, I have married to him for almost 5 years now. Rasa macam thank you friend sebab you make me jadi "cerewet" dan memilih bila nak berkawan dengan orang baru. 

Eh tapi bukan lah bermaksud perempuan lain itu tak memilih, still memilih jugak tapi pilih ikut kriteria yang dia nak la. Apa yang dia cari dalam sorang lelaki tu, lelaki yang buat dia selesa ke, yang sanggup nak hidup bersama ke. Paham ke tidak? Tak paham buat buat paham je la ek. Tapi apa pun, orang kata perkahwinan tu satu perjudian. Betul ke?

Parhana, 2008


Jap, nak nangis rasa nya bila bukak balik blogspot zaman jahiliah ni. Last update was around 2014 and itu pun setakat bagi salam je, and yang sebelum tu pulak 2012 kalau tak silap. Dan today is 26th June 2021 gais, tau tak berapa jarak masa tu? Almost 7 tahun gais, 7 tahun, kalau masa tu dah beranak maybe anak pun dah masuk darjah 1. Serious, nak nangis bila scroll balik cerita lama kat sini, rasa macam mati hidup balik. Rasa macam baru lepas masuk pintu masa Doremon. Serious weh, serious.

Kenapa tak update? Actually, sebab dah busy dengan kerja and dengan reality hidup selepas start kerja pada masa itu. Saya grad Nov 2012, and terus start kerja pastu terus macam takda masa nak tulis blog, nak melalut bagai macam masa study dulu. Ketahuilah bahawa zaman belajar adalah masa yang paling bahagia dalam hidup even stress dengan study.

And blog ni, serious sayang gila dengan blog ni, dah macam diary kot. Lagi lagi bila baca balik kisah dulu dulu kat dalam blog ni, lagi la rasa sayangnya, rasa macam at least kenangan tu ada kat dalam ni. Paham tak? and macam macam benda yang jadi pun bermula dari blog, kenal ramai kawan pun dari blog ni, dari blog bawak ke Facebook, bawak ke Instagram, Tik Tok je belum lagi. 

Anddddd kalau sesiapa tak tau, kot kot ada yang tak tau ke kan. Tahun 2020, satu virus nama Covid 19 dah melanda Malaysia, ramai orang terkesan dengan pandemic ni. Ramai yang hilang kerja termasuk lah me. Walaupun saya bukan lah direct victim, means saya hilang kerja sebab saya sendiri yang decide nak resign and bukan kena buang pun. Eh jap, ke sebenarnya itu memang satu taktik my ex bos nak suruh saya resign tapi buat cara halus, biar saya resign sendiri so that dia tak payah bayar compensate. Hmmmmm, fishy fishy fishy

Jap jap, saya still speechless sebab still boleh bukak balik blog ni. Ingatkan dah hilang dari radar terus lepas bertahun tak login.


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ►  2022 (2)
    • ►  March (2)
  • ▼  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ▼  June (4)
      • A Lil Throwback
      • Rindu
      • Lets Start Fresh
      • Coming from 2021
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (31)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (77)
    • ►  December (9)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ►  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes