Coming from 2021

Jap, nak nangis rasa nya bila bukak balik blogspot zaman jahiliah ni. Last update was around 2014 and itu pun setakat bagi salam je, and yang sebelum tu pulak 2012 kalau tak silap. Dan today is 26th June 2021 gais, tau tak berapa jarak masa tu? Almost 7 tahun gais, 7 tahun, kalau masa tu dah beranak maybe anak pun dah masuk darjah 1. Serious, nak nangis bila scroll balik cerita lama kat sini, rasa macam mati hidup balik. Rasa macam baru lepas masuk pintu masa Doremon. Serious weh, serious.

Kenapa tak update? Actually, sebab dah busy dengan kerja and dengan reality hidup selepas start kerja pada masa itu. Saya grad Nov 2012, and terus start kerja pastu terus macam takda masa nak tulis blog, nak melalut bagai macam masa study dulu. Ketahuilah bahawa zaman belajar adalah masa yang paling bahagia dalam hidup even stress dengan study.

And blog ni, serious sayang gila dengan blog ni, dah macam diary kot. Lagi lagi bila baca balik kisah dulu dulu kat dalam blog ni, lagi la rasa sayangnya, rasa macam at least kenangan tu ada kat dalam ni. Paham tak? and macam macam benda yang jadi pun bermula dari blog, kenal ramai kawan pun dari blog ni, dari blog bawak ke Facebook, bawak ke Instagram, Tik Tok je belum lagi. 

Anddddd kalau sesiapa tak tau, kot kot ada yang tak tau ke kan. Tahun 2020, satu virus nama Covid 19 dah melanda Malaysia, ramai orang terkesan dengan pandemic ni. Ramai yang hilang kerja termasuk lah me. Walaupun saya bukan lah direct victim, means saya hilang kerja sebab saya sendiri yang decide nak resign and bukan kena buang pun. Eh jap, ke sebenarnya itu memang satu taktik my ex bos nak suruh saya resign tapi buat cara halus, biar saya resign sendiri so that dia tak payah bayar compensate. Hmmmmm, fishy fishy fishy

Jap jap, saya still speechless sebab still boleh bukak balik blog ni. Ingatkan dah hilang dari radar terus lepas bertahun tak login.


0 comments