Lets Start Fresh

Okay, baru habis scroll entri lama, cerita lama pastu geli dengan diri sendiri. Entah cemana dulu boleh tulis gedik gedik gitu. Sekarang pun gedik jugak tapi cara tahun 2021 lah, eh tetiba. Tapi takpa la, itu la yang paling bernilai sekarang, means bukti or kenangan pernah menjadi gedik satu masa dulu dulu tu. HAHAHA!

And baru teringat balik, saya start blogging dulu sebab nak hilang kan bosan lepas arwah kawan saya meninggal. Kematian dia memang bagi satu tamparan? peringatan? pelajaran? kepada saya, sorry I couldnt think the suitable word for that. Dah lama tak menulis, otak tepu sikit.

And I think hikmahnya saya bertemu dengan dia and berpisah mati dengan dia adalah, dia dah buat satu benchmark or satu criteria of guy yang saya nak cari bila nak berkawan secara serious. Bunyi macam yek yek je kan, nak demand lelaki macam itu, macam ini bagai padahal dia tu bukannya elok mana pun. Tapi, ya memang itu la realitinya.

Because he's such a good guy, and when I meet another new guys, I keep comparing the new guys with him, and terus rasa macam where else can I find someone like him again? Rasa macam susahnya nak jumpa lelaki baik macam arwah lagi. Bukan lah lelaki lain tu tak baik, baik jugak tapi tak serasi maybe?

Until, around 2014 or 2015. I met someone and he is the only man yang can beat arwah, actually dia lagi better lah kan. Kalau tak, takkan la kita boleh terima dia, ye dak? And alhamdulillah, I have married to him for almost 5 years now. Rasa macam thank you friend sebab you make me jadi "cerewet" dan memilih bila nak berkawan dengan orang baru. 

Eh tapi bukan lah bermaksud perempuan lain itu tak memilih, still memilih jugak tapi pilih ikut kriteria yang dia nak la. Apa yang dia cari dalam sorang lelaki tu, lelaki yang buat dia selesa ke, yang sanggup nak hidup bersama ke. Paham ke tidak? Tak paham buat buat paham je la ek. Tapi apa pun, orang kata perkahwinan tu satu perjudian. Betul ke?

Parhana, 2008


0 comments