PKP 25.0

Covid kat Malaysia ni macam dah tak nampak kesudahannya. Masa awal awal pandemic dulu, Malaysia antara negera yang dapat pujian atas cara kita handle covid dari terus merebak. Ingat tak yang kita pernah achieve 0 case dulu?

Lepas tu, maybe ada yang dah mula rasa lega, mula acuh tak acuh, pakai mask bawah dagu, kejap bukak kejap pakai, kejap tutup kejap gantung kat leher. Then kena pulak tetiba ada kes baru tapi semua orang still amik ringan, rasa macam still under control. Pastu tak kuarantin pulak tu even baru balik dari tempat orang ramai. Semua ni penyumbang kepada PKPD Selangor esok ni.

Dari PKP 1.0, membawak ke PKP 2.0, pastu PKP 3.0, tetiba tukar jadi Fasa Pemulihan pulak , pastu PKPD Selangor pulak. Semua ni macam membazir masa, membazir wang, membazir semua lah. PKP tapi ada certain sector still boleh bukak, lepas tu mencetus kluster baru pulak tu. So, what is the point of PKP sebenarnya? If the case still rise up, whats the point of PKP? 

Honestly, sebagai rakyat yang tiada kuasa ni saya rasa macam cemuih jugak lah eh. Rasa macam jadi satu experimental item pun ye jugak ni, rasa macam okay kali ni kita cuba tutup balik semua sekolah, kedai makan bukak sampai 8pm je sebab tak elok makan lewat malam kan, tapi kita bagi certain sector tu operation pastu kita test tengok covid boleh turun ke tak. Ada rakyat lain yang pikir macam ni jugak tak?

0 comments