Fulltime Housewife

"Ibu, tengok tu abang dia main dengan ibu dia. Ibu dia tak buat work pun."

Peh, syahdu jugak sekali anak sound sedas gitu. Ibu menggelabah, terus tutup laptop and ajak dia main sama sama. 

Rasa bersalah, even dah jadi fulltime housewife tapi still takdapat bagi perhatian penuh kat anak. Kadang, yela kalau nak cerita bab housewife ni lagi busy, actually semua orang pun busy and ada komitmen masing masing. At least housewife ni, dia sendiri yang urus masa dia, dia sendiri yang decide pukul berapa nak masuk meeting kat dapur, pukul berapa pulak nak kene on site training dengan anak kat toilet.

Yang housewife tak payah la nak compare dengan yang bekerja, yang bekerja pun takpayah la nak compare dengan housewife sebab semua pun ada pro and cons. Yang penting kita selesa dengan pilihan hidup kita, kalau kita pilih jadi housewife pun, akan ada yang benda yang lebih dan kurang. Kalau pilih jadi ibu bekerjaya pun, akan ada yang terlebih dan terkurang. Selagi kita tak bersyukur dengan apa kita ada, jadi anak raja pun takkan pernah nak cukup.



0 comments