Ibu Go Masak, Please

"Ibu, ibu jangan buat work. Ibu go masak, nanti ayah balik ayah nak makan. Nanti ayah cakap, manaaaa nasi ayah"

Alasan ni memang dia akan guna tiap kali dia nak tengok Pink Fong kat laptop ya, bukan sebab ibu malas masak. Harap maklum 😂

Entah mana la dia belajar membebel macam ni, okay kita taknak mengaku.

Okay, tapi sebenarnya tak expect pun yang dia akan cakap macam tu kat kita. Sebab saya memang guna alasan nak masak untuk ayah bila dia ajak main. Eh jap jap, alasan ke tu? 😅

Rasanya mak mak yang stay at home paham la kot, time kita nak masak nak jemur kain baju nak lipat kain, time tuuuu jugak lah dia ajak main sama sama. And even dah dekat setahun saya jadi StayAtHomeMother (SAHM), schedule or routine harian semua still kelaut dalam ya. Tak boleh nak adapt lagi sebab diri sendiri jenis susah nak follow benda benda routine ni, takda disiplin punya orang 😆

Masa awal awal jadi SAHM ni, kita ni siap baca lah tips tips menjadi surirumah yang berjaya, punya la semangat berkobar kobar masa tu kan. And ada yang cakap surirumah ni kene buat jadual sendiri, buat routine sendiri. Okay fine, kita yang newbie ni pun follow la. Tapi schedule semua dalam otak je, takda pulak buat jadual tampal kat peti ais ke apa. Tapi tu la, sebulan je tahan lepas tu kelaut balik. Maybe sebab tak tampal kat peti ais la tu kot ek 😂😂

Pastu before saya resign dulu saya ada join dropship satu kedai ni and semua dropshipper akan dapat buku panduan untuk mak mak yang nak jadi usahawan, dalam buku tu pun siap ada jadual untuk mak mak surirumah ni buat bisnes kat rumah. Pun sama, kelaut dalam jugak 😂😂😂

Doakan saya dapat jadi surirumah dan ibu yang berjaya macam orang lain jugak, walau nak follow routine pun kelaut. Asalkan dapat happykan anak dan suami cukup lah kot kan?

0 comments