Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati

Selepas dapat je kelonggaran untuk aktiviti perkelahan dan perkhemahan haritu, Hubbi terus ajak kami pergi camping. Si Melur ni pun dah lama asyik mintak nak pergi camping je, nak jumpa kawan kawan, mandi sungai, main pasir semua tu lah. Dia pun dah bosan kan berkurung kat rumah je sejak PKP ni. Last kami pergi camping kalau tak silap, awal tahun haritu dan sekarang ni dah nak hujung tahun. Dah lama la kan?

Disebabkan masih tak boleh merentas negeri, so kami pergi yang dekat dekat sini je dulu. Kalau boleh merentas negeri, rasanya semua orang pun akan pilih balik kampung dulu kan? 

Sebenarnya Hubbi dah lama booking tempat ni dengan tuan tanah, itu yang bila dapat je green light, terus panjang je langkah tu. Kita yang mak mak ni sebenarnya risau jugak bila dia ajak pegi camping, risau nanti kat tempat camping tu jumpa dengan orang ramai, musim covid ni kena extra berjaga jaga. Tapi Hubbi cakap tempat ni kawasan persendirian so takda orang lain melainkan kami saja. Okay, lega sikit.

Masa mula mula sampai, rasa macam terkejut jugak. Rasa macam, eh ada sungai ke kat sini, boleh camping ke kat sini, ni macam rumah orang siap berpagar elok je. Ya, betul memang rumah orang pun ya, rumah tuan tanah tu la. Dia bukak pagar dan kami masuk parking kereta kat dalam kawasan rumah dia. Masa ni saya still blur blur lagi, mana sungai nyaaa?? 

Bila hubbi bawak pegi ke kawasan belakang rumah, terus rasa wow sangat. Bestnya rumah tuan tanah ni, bestnya ada tanah besar macam ni. Ada kolam renang, ada kolam ikan, dan kat hujung tu baru la jumpa tapak camping tu dan disitu lah sungainya mengalir 😍


Kawasan dia bersih dan redup je, siap ada pondok sekali dengan meja kerusi lagi tau. Bukan tu je, siap ada sinki, mak mak yang nak masak masak ke BBQ ke sambil sambil piknik tu jangan risau, kelengkapan semua ada. Yang paling paling penting, toilet pun ada dan selesa sangat.

Eh yang kaki pancing tu jangan lupa bawak set pancing sekali ya, kat sini tuan rumah bagi kami pancing ikut suka hati asalkan untuk makan katanya. Haritu banyak jugak ikan yang kami dapat, siap dapat ikan patin lagi. Apa lagi, ikan patin masak tempoyak la kan, kebetulan memang ada bawak tempoyak. Hirup kuah tempoyak panas panas kat tepi sungai, syoknyaaa.

Punya lah best macam ni, cuba teka berapa caj sewa tapak ni untuk semalaman? RM50? RM100? Tak, salah ya sebab bayaran adalah seikhlas hati, yessss seriously SEIKHLAS HATI. Kemudahan dah la cukup lengkap, ada pondok elok berteduh, ada sinki, ada power supply. Siap boleh memancing lagi, ada tandas selesa untuk kaum kaum ibu tapi bayaran seikhlas hati je, ya Allah permurah betul tuan tanah ni, ya Allah murahkan lah rezeki tuan tanah ni, berikan dia kesihatan yang baik, jauhkan dia dari wabak berjangkit ni. Aminnn.

Okay, next nak pergi camping kemana ni?


0 comments