Setahun Sebagai Surirumah

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah dekat setahun saya jadi surirumah. Kalau nak sedap sikit kita panggil housewife, nak lagi power panggil stay at home mom 😂

Power tak power, sedap tak sedap, hanya yang lalui je paham kot. Dulu before decide nak resign, habis semua member kita pm tanya macam mana feel jadi surirumah ni. Tak mudah ya untuk yang pernah merasa makan gaji ni decide untuk berhenti kerja. Walaupun saya pun tak pasti sampai bila saya nak "rehat" tapi still, banyak benda yang kita pikirkan "sementara" jadi surirumah ni. Dan rata rata semua orang pun cakap bila dah jadi surirumah ni memang kene banyak belajar bersyukur dengan apa yang ada dan jangan compare hidup kita dengan orang lain. Fuhh, berat bunyi nya tu kan?

Itu belum lagi part nak menepis suara suara halus yang cop kita duduk rumah goyang kaki je and habiskan duit suami je. Pastu masuk pulak part yang cakap surirumah takda duit sendiri, takda saving and kalau ada apa apa jadi kat suami, surirumah tak mampu nak teruskan hidup sendiri. Allahu, seram jugak bila baca part ni sebab masa depan kita tak tau macam mana kan. Kadang kadang kita rasa kita dah cukup kuat dan bersyukur dengan apa yang kita ada tapi bila masuk suara suara halus ni yang buat kita goyah kan? 

Tapi yang bagusnya dengan suara suara halus ni, kita boleh amik jadikan sebagai dorongan. Kalau dorang cakap surirumah takda duit sendiri, sekarang dah ramai ya surirumah yang buat duit sendiri meniaga online macam macam. Jadi agent, jadi dropship sana sini, tinggal nak cari dan buat je. Lagi best sebab sambil jaga anak pun boleh cari duit, tak kalut nak hantar ke rumah pengasuh, ini kelebihan yang saya nampak pada surirumah. Dulu masa kerja makan gaji, pagi pagi dah keluar rumah tinggalkan anak kat rumah pengasuh sebab nak cari duit. Tapi of course la, kita tak boleh compare surirumah dengan makan gaji. Penatnya lain, susahnya lain, hasilnya pun lain. Cuma, bila ada yang cakap surirumah takda duit sendiri, kita tau benda tu dah tak valid.

Tapi tipu la kalau kata tak rindu nak keje balik, kadang kadang tu rindu jugak. Rindu nak masuk meeting, rindu nak buat drawing, nak masuk site. Tapi bila ingat balik punca utama berhenti kerja dulu terus rasa lega dan syukur dengan apa yang ada sekarang. Kalau tanya pada saya sekarang, saya masih nak stay sebagai surirumah 😌



0 comments