Website Menarik Untuk Anak Anak

Dulu sebelum ada anak, kemain lah tanam angan angan nanti bila dah ada anak saya takkan bagi anak pegang handphone, handphone ni tak bagus untuk budak budak, kalau start bagi main handphone kang nanti dorang akan addict, bila takdapat mula la tantrum, lepas tu tak pandai nak communicate dengan orang lain, eh macam macam lah yang saya pikir. Fuhh.

Sekali bila dah ada si Melur ni, baru tau langit tu tinggi ke rendah. Walaupun dah cuba elak tapi kadang kadang tu terpaksa jugak bagi especially bila drive berdua dengan dia. 

Then saya terpikir balik, handphone ni tak salah pun sebenarnya kan? Maybe semua tu betul, KALAU kita tak control dan dalam apa apa hal pun akan ada baik dan buruknya kan? Sebab itu orang tua tua selalu pesan, buat apa apa pun biar berpada pada.

Dan haritu saya ada terjumpa satu website yang agak menarik dan saya boleh katakan website ni agak bagus jugak untuk anak anak sebab ada satu topik ni memang sesuai sangat untuk dorang, The Deep Sea. Kanak kanak mana je yang tak suka kan laut kan? Kebanyakannya memang suka sangat pergi tengok ikan kan? Yang paling dorang excited semestinya BABY SHARK! Baby shark doo doo doo~~


Cara nak tengok website ni pun senang saja cuma perlu scroll ke bawah dan ke bawah je. The Deep Sea ni, dia tunjuk jenis jenis ikan yang ada dalam laut mengikut kedalaman laut. Ada jugak info info lain pasal laut.



1000 meter ke dalam dah takda cahaya matahari, aduh seramnya


Sebelum ni tau Octopus je, rupanya ada Vampire Squid jugak

Peninggalan Titanic pun ada disebut disini

Dalam The Deep Sea ni jugak ada ceritakan pasal dua orang lelaki pertama didunia yang berjaya sampai ke titik yang paling dalam iaitu, The Challenger Deep.

Apa lagi, jom ajak anak anak "menyelam" sambil tengok ikan ikan kat dalam laut.


0 comments