Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

Perasan tak yang lately ni ramai ibu ibu yang dah mula menjual buku buku dan permainan minda kanak kanak? Sebenarnya saya pun tak sure la memang sekarang baru timbul 'trend' ni atau pun sebab dulu saya takda anak, sekarang baru ada anak dan baru sekarang nak amik port pasal buku buku anak. Kalau tak dulu asyik cari kasut, baju, tudung untuk diri sendiri je. Hehehe

Dan saya sendiri pun tak ketinggalan jugak join dropship jual buku buku anak ni. Ye la, alang alang nak beli untuk Melur tu sambil sambil tu kita share kat kawan kawan, kot ada yang nak beli jugak. Dapat la sikit untung kecik kecik kat situ, ada la rezeki lebih untuk si Melur.

Ini antara kedai buku yang saya pernah join dropship dan ingat ya, setiap kedai ada term and condition dan yurannya tersendiri.

1. www.littlebookworm.com

Buku buku dia best jugak tau cuma kebanyakannya dalam bahasa english sahaja. Komisyen masa tu dalam 5% untuk satu buku tapi buku yang under clearance sale takda discount ya. Buku buku kat sini pun boleh dikatakan murah jugak kalau compare dengan kedai buku besar besar tu, dan kualiti pun sangat bagus jugak.

Masa saya nak apply nak jadi dropship dulu, saya check kat website dia kalau ada open untuk dropship. Dan memang ada pun ya, saya terus contact no phone yang ada kat situ je, senang kan? Kalau tak silap, ada yuran pendaftaran tapi dah tak ingat berapa ringgit. Kalau korang nak join jugak boleh try check kat website dia tau. 

contoh buku yang ada

buku ni boleh gerak gerak tau, boleh tolak tolak nanti nampak la efek bola tu bergerak. Bila ajak Melur baca buku ni pun dia suka sebab boleh "main"


2. Mommyhappy

Saya rasa ramai mak mak yang kenal dengan brand Mommyhappy kan? Agent agent dia ramai yang aktif, kalau scroll instagram atau facebook tu selalu je nampak iklan buku buku Mommyhappy ni.

Mommyhappy ni bukan pengedar buku dan mainan kanak kanak je tau, barang barang lain pun ada jugak macam sejadah, radio zikir, makanan pun ada jugak tau. Saya sendiri rasa berbaloi join dropship dengan Mommyhappy ni sebab macam macam ada dan walaupun dorang ada ramai agent, tapi stock sentiasa cukup je.

Oh ya, Mommyhappy pun ada publish buku sendiri jugak tau tapi buku keluaran Mommyhappy ni tak boleh dijual di Shopee ya. 



Tapi yang best kalau jadi agent atau dropship Mommyhappy ni, kita boleh kumpul point bila submit order pastu dah capat target, kita boleh dapat bonus. Untung runcit dapat, bonus pun dapat. Best kan?

Dan HQ pun selalu bagi reward kepada agent yang dapat sales paling tinggi, ada yang dah menang gelang emas tau, Thermomix pun ada jugak, bestnyaaa, bila la turn saya ek. Hehehe.

Untuk join dropship dengan Mommyhappy ada yuran pendaftaran RM50.50, masa saya join haritu siap dapat sekali dengan buku panduan usahawan, so memang berbaloi dengan harga tu. Kalau tak silap, sekarang pun ada jugak cuma dalam bentuk ebook. 

Untuk komisyen pulak, komisyen setiap barang tak tetap, tapi range dalam 10% - 20% untuk setiap barang. Ada yang RM1, ada yang RM20, bergantung pada buku atau mainan tu la. Kalau nak join jugak boleh je klik SINI ya.


3. Wasapower

Wasapower ni pulak satu publisher yang banyak keluarkan buku latihan kanak kanak sendiri macam buku belajar menulis, buku belajar membaca, buku mewarna, buku belajar bahasa mandarin pun ada tau, siap free flashcard lagi. Hehehe.

     

contoh buku latihan matematik yang laku keras. Hehehe

Yang best dengan Wasapower ni, setiap bulan ada je promo atau buku baru. Harga pun sangat berpatutan, freegift pun banyak jugak tau. Kadang kadang tu kita yang agent ni rambang mata, belum lagi share kat kawan kawan. Hehehe.

promo bulan 7 haritu

Kebanyakan buku yang dorang keluarkan pun limited tau. So kalau dorang buat sale, cepat cepat la grab sebab bila dah habis biasanya dah tak keluar balik dah. Kat Wasapower pun bukan ada buku je, educational toys lain pun ada jugak. Perfume pun ada jugak tau, Wasascent namanya.

Sistem Wasapower pun lebih kurang sama macam Mommyhappy jugak, bila dapat capai target sales bulanan, kita boleh dapat bonus. Bonus paling sikit pun 15% dari total sales kita, so kalau nak bonus lebih kene usaha dapat sales tinggi. Yuran pendaftaran untuk join dropship dengan Wasapower pun murah je tau, RM10 je. Murah kan? Komisyen setiap barang tak tetap, tapi dalam 10% - 20% jugak bergantung kepada barang. Kalau nak join jugak, jom klik SINI, memang berbaloi sangat tau.


4. Mommyhana

Sapa yang tak kenal dengan produk Mommyhana ni kan? Selalu je keluar TV, keluar radio. Tapi Mommyhana ni saya dah stop atas sebab sebab tertentu. Cuma nak share yang sepanjang saya jadi agent Mommyhana dulu, memang senang sangat nak jual sebab HQ dah buat marketing besar besaran. Jadinya, insyaallah mudah nak close sales sebab ramai yang cari barang barang Mommyhana ni.


5. Teroka Sains

Ada yang kenal dengan buku Teroka Sains tak? Buku viral jugak ni, buku fakta sains dalam bahasa melayu. Dari ada satu siri, sekarang dah masuk siri ke tiga dah. Kalau ada yang belum tau, buku ni sebenarnya best tau, mungkin ramai yang rasa macam buku ni boring, yela buku fakta kan tapi sebenarnya buku ni sangat sesuai untuk kanak kanak. Semua fakta fakta sains dalam ni pun fakta yang menarik, yang simple, yang buat kanak kanak teruja nak tau.

contoh isi dalam buku ni, walaupun penuh fakta tapi santai

Cuma, kalau anak anak yang belum pandai membaca tu ibu ayah kena bacakan la. Yela, memang itu motifnya jugak untuk wujudkan bonding ibu ayah dengan anak anak kan?

Yang ni kalau tak silap, yuran pendaftaran untuk jadi dropship pun sama jugak, RM10 je. Kalau nak join jugak, boleh klik SINI je.


P/S : Kalau ada yang nak tanya pape, boleh je komen atau contact saya kat instagram ya 😊

0 comments