Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Untuk mak mak yang ada anak umur setahun ke atas, nak mula introduce buku kat anak tapi tak sure nak cari buku yang macam mana, saya suggest kan buku jenis macam ni sebab material dia jenis board book, makanya ianya tebal dan insyaallah tahan lama. So takda la risau sangat kalau anak lasak lasak sikit masa baca buku tu kan?


1. Picture Book

Buku jenis board book ni ada banyak jenis tau, yang paling common adalah yang jenis picture book atau story book, yang ni agak biasa biasa je la. Biasa tu maksudnya disini takda "special features" and fokus untuk bacaan dan gambar gambar yang boleh menarik perhatian anak. Untuk permulaan, mak mak boleh cari buku macam ni and ajak anak baca at least sebelum waktu tido sebagai bedtime story gitu. Buku jenis bergambar macam ni kita tak terikat dengan jalan cerita sangat, up to mak mak nak olah cerita tu macam mana. Bila dah besar, boleh mintak anak ceritakan ikut kepahaman dia sendiri. Kat situ boleh nampak kreativiti dia jugak tau, pastu boleh masuk pertandingan bercerita. Hehehe

ini contoh yang jenis islamic punya

Buku macam ni sesuai dari anak umur 0 sebab dia guna high contrast color


2. Touch and Feel Book

Okay yang jenis touch and feel ni ada "special features" sikit, ada certain part dalam buku ni yang ada tektur lain dari buku tu sama ada bulu lembut, bulu kasar, kain yang bila kita ramas ramas tu berbunyi ke, menarik kan? Yang macam ni bagus untuk sensory anak sebab sambil baca buku, anak boleh sentuh, pegang, dengar dan rasa tektur yang ada dalam buku tu. Orang cakap masa baby ni kene perbanyakkan introduce and rangsang anak anak dengan sensory play biar takda episod geli geli dikemudian hari. Hehehe. 

boleh tengok video review buku ni kat YouTube jugak

3. Push Pull Slide Book

Next pulak jenis push pull slide, buku jenis ni memang favourite saya sebab dia macam "canggih" semacam je. Hehehe. Yela, sebab sambil baca buku pun anak boleh main, boleh berimaginasi macam macam. Ada part dalam buku ni yang kita boleh tolak, tarik dan slide untuk bagi nampak effect gambar atau karakter dalam buku tu bergerak. So far buku ni saya dah guna dari Melur umur setahun sampai sekarang dah nak masuk 4 tahun and dia still melekat dengan buku ni tau. Rasa berbaloi sangat beli, dah la tahan lama, tak mudah koyak pastu boleh guna bertahun tahun.

boleh slide atas dan bawah, nanti nampak effect ambulance tu bergerak

Yang ni pulak boleh bukak tutup pintu ambulance tu, canggih kan?


4. Lift the Flap Book

Buku ni menarik jugak sebab konsep ala ala tingkap gitu, boleh bukak tutup. Hehehe. Ada buku yang buat ala ala quiz atau question and answer, then anak anak kene bukak tingkap dia tu untuk tengok jawapan soalan tu. So kat sini bukan je boleh belajar and baca buku tapi boleh exercise jari jemari dia tu jugak bila nak bukak tetingkap pintu tu. Cumanya, personally saya rasa buku ni kita mak mak kene extra careful sikit sebab risau anak terkoyak dia punya tingkap tu. Yang buku lain pun still kena jaga jaga tapi yang ni extra sikit, hehehe.

tutup tingkap

bukak tingkap


5. Puzzle Board Book

Lastly board book yang ada puzzle macam ni, pernah jumpa tak? Konsep sama-sama canggih macam yang jenis push pull slide tadi. Sambil baca buku, sambil main puzzle. Extra point untuk buku ni sebab ia islamic book, saya rasa agak susah nak jumpa buku islamic jenis board book ni especially yang jenis ada puzzle macam ni, agak limited. Kalau ada pun kebanyakkannya dari luar negara, so kena import and of course lepas tu harga akan jadi mahal la kan. So lepas ni, selain dari pasang zikir and selawat, boleh la mak mak ajar anak dengan kisah kisah nabi dengan buku ni jugak.

sambil baca, sambil main puzzle

Kat mana nak cari buku buku ni? Kalau ada masa biasanya saya suka pegi kat MPH sambil sambil me time, sambil sambil cuci mata tapi tu la, biasanya memang takda masa la nak keluar. Hahaha. And kadang kadang tu kita dah excited nak survey tapi ada certain kedai yang stocknya limited, nak survey pun dah takda mood. Anddd ada certain buku yang takda kat kedai buku, ada kat online je. So saya lagi prefer cari online je la, pukul 12 malam pun still boleh add to cart and bayar dengan harapan esok barang dah sampai. Hehehe.

Cuma bila beli online ni maybe kene jaga jaga sikit kalau harga terlalu murah, takut buku tu bukan original. Ya, dulu saya pun tak tau yang buku budak pun ada yang ciplak. Sebenarnya tak kisah sangat pun tapi sebab dah terkena, rasa macam tertipu jugak. Eh. Hehehe. So far takda beza sangat pun, cuma beza tang kualiti paper and printing tu. Setakat ni yang saya nampak dan terkena, printing pada buku yang original tu cantik je color nya, yang ciplak tu kusammm je. Paper pun licin glossy je kalau yang original tu tapi kesat kesat sikit kalau yang ciplak tu. So bergantung pada mak mak, kisah ke tak kan dengan semua tu.

P/S : Walaupun buku jenis board book ni tebal dan tahan lasak, saya still galakkan kita untuk ajar anak sayang buku, jaga buku elok elok. Macam satu adab dengan buku jugak, dengan harapan bila beli buku jenis lain, takda la dia main baling baling. Jimat duit mak, takda la rasa serik nak beli buku untuk anak lagi. Hehe

Kali ni nak throwback balik masa mula mula tau pregnant kan Adik Melur, sebagai satu memori buat Ibu. Risau kot nanti tetiba dah tua sikit, dah lupa kenangan pregnant. Mana nak tau kan?

Okay, kami memang ada buat "sedikit" family planning gitu la sebab taknak anak rapat rapat sangat sebab penat kan? Sapa cakap jaga anak seorang ni tak penat? Even seorang je pun, kita mesti lah nak bagi yang terbaik kat anak kita kan. Taknak cincai cincai je.

And memang la anak tu rezeki, tapi pikir nak jaga diri sendiri bagi sihat dulu, cukup tido balik, ekonomi keluarga lagi, nak bagi perhatian sepenuhnya dulu kat Melur then baru pikir Adik Melur. So, kami rasa masanya dah tiba untuk bagi Melur ni adik, insyaallah.

Then, bila tiba je waktu nak period mesti excited nak check pregnancy test sebab masa Melur dulu, saya buat pregnancy test sebelum period. Kemain ya, excited punya pasal. Tapi kali ni tak masa macam dulu, asyik naik satu line je, masa tu memang frust jugak and baru lah paham perasaan orang yang dah bertahun cuba untuk pregnant. Tapi kita pikir positive, maybe belum masanya lagi. Walau kita dah ready tapi kalau Allah cakap belum, means belum la kan?

Next next month pun sama, check lagi sampailah tetiba satu bulan ni, naik dua line tapi samar samar. Nak excited pun serba salah sebab dah frust bulan bulan sebelumnya kan. Tiga hari berturut turut saya buat pregnancy test tapi result still sama je, dua line tapi samar samar. So sabar dulu sekejap, pujuk diri sendiri maybe awal lagi kot. Padahal masa Melur dulu, period belum delay tapi double line tu naik terang benderang.

photo credit to freepik.com

Last last, macam tak boleh jadi ni. Laju je pegi klinik nak scan tapi sebab masa tu baru 5 minggu and klinik tu taknak scan sebab dia cakap still awal, tak nampak apa apa pun katanya. Okay, lagi sekali frust. Masa ni macam pelik jugak sebab seingat pengalaman dengan Melur dulu, 5 minggu dah nampak kantung. Ada kantung means ada harapan la kan? Nak pegi klinik lain tapi macam takpa lah, taknak overexcited. Kita berdoa dan berserah pada Allah je la.

Tup tup selang berapa hari, dugaan Allah bagi kali ni. Tetiba ada keluar bleeding, masa tu cuak gila ya. Mau tak cuak, sebab konon dah yakin pregnant tapi tetiba bleeding pulak. Macam ada something wrong somewhere la kan. Terus laju je pegi klinik tapi kali ni pegi klinik lain pulak.

Okay, nanti kita sambung part 2 pulak. Panjang pulak cerita Adik Melur ni.

P/S: Nampak tak, semua benda nak compare dengan first pregnancy tapi rupanya langsung tak sama ya.

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ▼  2022 (2)
    • ▼  March (2)
      • Antara Buku Yang Sesuai Untuk Anak Umur 1 Tahun
      • Pengalaman Mengandung Kali Ke Dua - Part 1
  • ►  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (31)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (77)
    • ►  December (9)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ►  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes