Untuk mak mak yang ada anak umur setahun ke atas, nak mula introduce buku kat anak tapi tak sure nak cari buku yang macam mana, saya suggest kan buku jenis macam ni sebab material dia jenis board book, makanya ianya tebal dan insyaallah tahan lama. So takda la risau sangat kalau anak lasak lasak sikit masa baca buku tu kan?
1. Picture Book
Buku jenis board book ni ada banyak jenis tau, yang paling common adalah yang jenis picture book atau story book, yang ni agak biasa biasa je la. Biasa tu maksudnya disini takda "special features" and fokus untuk bacaan dan gambar gambar yang boleh menarik perhatian anak. Untuk permulaan, mak mak boleh cari buku macam ni and ajak anak baca at least sebelum waktu tido sebagai bedtime story gitu. Buku jenis bergambar macam ni kita tak terikat dengan jalan cerita sangat, up to mak mak nak olah cerita tu macam mana. Bila dah besar, boleh mintak anak ceritakan ikut kepahaman dia sendiri. Kat situ boleh nampak kreativiti dia jugak tau, pastu boleh masuk pertandingan bercerita. Hehehe
2. Touch and Feel Book
Okay yang jenis touch and feel ni ada "special features" sikit, ada certain part dalam buku ni yang ada tektur lain dari buku tu sama ada bulu lembut, bulu kasar, kain yang bila kita ramas ramas tu berbunyi ke, menarik kan? Yang macam ni bagus untuk sensory anak sebab sambil baca buku, anak boleh sentuh, pegang, dengar dan rasa tektur yang ada dalam buku tu. Orang cakap masa baby ni kene perbanyakkan introduce and rangsang anak anak dengan sensory play biar takda episod geli geli dikemudian hari. Hehehe.3. Push Pull Slide Book
Next pulak jenis push pull slide, buku jenis ni memang favourite saya sebab dia macam "canggih" semacam je. Hehehe. Yela, sebab sambil baca buku pun anak boleh main, boleh berimaginasi macam macam. Ada part dalam buku ni yang kita boleh tolak, tarik dan slide untuk bagi nampak effect gambar atau karakter dalam buku tu bergerak. So far buku ni saya dah guna dari Melur umur setahun sampai sekarang dah nak masuk 4 tahun and dia still melekat dengan buku ni tau. Rasa berbaloi sangat beli, dah la tahan lama, tak mudah koyak pastu boleh guna bertahun tahun.
Kat mana nak cari buku buku ni? Kalau ada masa biasanya saya suka pegi kat MPH sambil sambil me time, sambil sambil cuci mata tapi tu la, biasanya memang takda masa la nak keluar. Hahaha. And kadang kadang tu kita dah excited nak survey tapi ada certain kedai yang stocknya limited, nak survey pun dah takda mood. Anddd ada certain buku yang takda kat kedai buku, ada kat online je. So saya lagi prefer cari online je la, pukul 12 malam pun still boleh add to cart and bayar dengan harapan esok barang dah sampai. Hehehe.
Cuma bila beli online ni maybe kene jaga jaga sikit kalau harga terlalu murah, takut buku tu bukan original. Ya, dulu saya pun tak tau yang buku budak pun ada yang ciplak. Sebenarnya tak kisah sangat pun tapi sebab dah terkena, rasa macam tertipu jugak. Eh. Hehehe. So far takda beza sangat pun, cuma beza tang kualiti paper and printing tu. Setakat ni yang saya nampak dan terkena, printing pada buku yang original tu cantik je color nya, yang ciplak tu kusammm je. Paper pun licin glossy je kalau yang original tu tapi kesat kesat sikit kalau yang ciplak tu. So bergantung pada mak mak, kisah ke tak kan dengan semua tu.
P/S : Walaupun buku jenis board book ni tebal dan tahan lasak, saya still galakkan kita untuk ajar anak sayang buku, jaga buku elok elok. Macam satu adab dengan buku jugak, dengan harapan bila beli buku jenis lain, takda la dia main baling baling. Jimat duit mak, takda la rasa serik nak beli buku untuk anak lagi. Hehe
0 comments