Pengalaman Mengandung Kali Ke Dua - Part 1

Kali ni nak throwback balik masa mula mula tau pregnant kan Adik Melur, sebagai satu memori buat Ibu. Risau kot nanti tetiba dah tua sikit, dah lupa kenangan pregnant. Mana nak tau kan?

Okay, kami memang ada buat "sedikit" family planning gitu la sebab taknak anak rapat rapat sangat sebab penat kan? Sapa cakap jaga anak seorang ni tak penat? Even seorang je pun, kita mesti lah nak bagi yang terbaik kat anak kita kan. Taknak cincai cincai je.

And memang la anak tu rezeki, tapi pikir nak jaga diri sendiri bagi sihat dulu, cukup tido balik, ekonomi keluarga lagi, nak bagi perhatian sepenuhnya dulu kat Melur then baru pikir Adik Melur. So, kami rasa masanya dah tiba untuk bagi Melur ni adik, insyaallah.

Then, bila tiba je waktu nak period mesti excited nak check pregnancy test sebab masa Melur dulu, saya buat pregnancy test sebelum period. Kemain ya, excited punya pasal. Tapi kali ni tak masa macam dulu, asyik naik satu line je, masa tu memang frust jugak and baru lah paham perasaan orang yang dah bertahun cuba untuk pregnant. Tapi kita pikir positive, maybe belum masanya lagi. Walau kita dah ready tapi kalau Allah cakap belum, means belum la kan?

Next next month pun sama, check lagi sampailah tetiba satu bulan ni, naik dua line tapi samar samar. Nak excited pun serba salah sebab dah frust bulan bulan sebelumnya kan. Tiga hari berturut turut saya buat pregnancy test tapi result still sama je, dua line tapi samar samar. So sabar dulu sekejap, pujuk diri sendiri maybe awal lagi kot. Padahal masa Melur dulu, period belum delay tapi double line tu naik terang benderang.

photo credit to freepik.com

Last last, macam tak boleh jadi ni. Laju je pegi klinik nak scan tapi sebab masa tu baru 5 minggu and klinik tu taknak scan sebab dia cakap still awal, tak nampak apa apa pun katanya. Okay, lagi sekali frust. Masa ni macam pelik jugak sebab seingat pengalaman dengan Melur dulu, 5 minggu dah nampak kantung. Ada kantung means ada harapan la kan? Nak pegi klinik lain tapi macam takpa lah, taknak overexcited. Kita berdoa dan berserah pada Allah je la.

Tup tup selang berapa hari, dugaan Allah bagi kali ni. Tetiba ada keluar bleeding, masa tu cuak gila ya. Mau tak cuak, sebab konon dah yakin pregnant tapi tetiba bleeding pulak. Macam ada something wrong somewhere la kan. Terus laju je pegi klinik tapi kali ni pegi klinik lain pulak.

Okay, nanti kita sambung part 2 pulak. Panjang pulak cerita Adik Melur ni.

P/S: Nampak tak, semua benda nak compare dengan first pregnancy tapi rupanya langsung tak sama ya.

0 comments