Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Bila dah beransur ansur nak masuk usia senja ni, mula rasa rindu masa zaman jadi student dulu kan? Almost semua kawan kawan masa zaman belajar dulu pun dah kawin, sekarang semua pakat duk lumba kumpul anak 😂

Dulu masa belajar, sibuk nak habis belajar cepat cepat sebab dah malas nak pegi kelas, sibuk nak keje, tak sabar nak pegang duit sendiri kononnya. Tapi rupanya bila dah keje, memang boleh pegang tapi kejap je sebab lepas tu duit terus hilang buat bayar hutang sana sini. Kadang tu, tak sempat nak pegang pun sebab transfer online je kan 😝

Tapi yang paling berharga dan nikmat, bila kawan kawan masa belajar dulu still sama macam dulu, even masing masing busy dengan tanggungjawab & komitmen keluarga sendiri tapi still luangkan masa dengan kawan kawan, still ada bila kawan kawan susah senang. Masa bersama maybe dah takda tapi friendship tu still kekal macam dulu even jauh 💓

Thanks sebab selalu ada, 2007

 

Okay, baru habis scroll entri lama, cerita lama pastu geli dengan diri sendiri. Entah cemana dulu boleh tulis gedik gedik gitu. Sekarang pun gedik jugak tapi cara tahun 2021 lah, eh tetiba. Tapi takpa la, itu la yang paling bernilai sekarang, means bukti or kenangan pernah menjadi gedik satu masa dulu dulu tu. HAHAHA!

And baru teringat balik, saya start blogging dulu sebab nak hilang kan bosan lepas arwah kawan saya meninggal. Kematian dia memang bagi satu tamparan? peringatan? pelajaran? kepada saya, sorry I couldnt think the suitable word for that. Dah lama tak menulis, otak tepu sikit.

And I think hikmahnya saya bertemu dengan dia and berpisah mati dengan dia adalah, dia dah buat satu benchmark or satu criteria lelaki yang saya nak cari bila nak berkawan secara serious. Bunyi macam yek yek je kan, nak demand lelaki macam itu, macam ini bagai padahal dia tu bukannya elok mana pun. Tapi, ya memang itu la realitinya. Sapa je taknak yang baik oiii.

Because he's such a good guy, and when I meet another new guys, I keep comparing the new guys with him, and terus rasa macam where else can I find someone like him again? Rasa macam susahnya nak jumpa lelaki baik macam arwah lagi. Bukan lah lelaki lain tu tak baik, baik jugak tapi tak serasi maybe?

Until, around 2014 or 2015. I met someone and he is the only man yang can beat arwah, actually dia lagi better lah kan. Kalau tak, takkan la kita boleh terima dia, ye dak? And alhamdulillah, I have married to him for almost 5 years now. Rasa macam thank you friend sebab you make me jadi "cerewet" dan memilih bila nak berkawan dengan orang baru. 

Eh tapi bukan lah bermaksud perempuan lain itu tak memilih, still memilih jugak tapi pilih ikut kriteria yang dia nak la. Apa yang dia cari dalam sorang lelaki tu, lelaki yang buat dia selesa ke, yang sanggup nak hidup bersama ke. Paham ke tidak? Tak paham buat buat paham je la ek. Tapi apa pun, orang kata perkahwinan tu satu perjudian. Betul ke?

Parhana, 2008


Jap, nak nangis rasa nya bila bukak balik blogspot zaman jahiliah ni. Last update was around 2014 and itu pun setakat bagi salam je, and yang sebelum tu pulak 2012 kalau tak silap. Dan today is 26th June 2021 gais, tau tak berapa jarak masa tu? Almost 7 tahun gais, 7 tahun, kalau masa tu dah beranak maybe anak pun dah masuk darjah 1. Serious, nak nangis bila scroll balik cerita lama kat sini, rasa macam mati hidup balik. Rasa macam baru lepas masuk pintu masa Doremon. Serious weh, serious.

Kenapa tak update? Actually, sebab dah busy dengan kerja and dengan reality hidup selepas start kerja pada masa itu. Saya grad Nov 2012, and terus start kerja pastu terus macam takda masa nak tulis blog, nak melalut bagai macam masa study dulu. Ketahuilah bahawa zaman belajar adalah masa yang paling bahagia dalam hidup even stress dengan study.

And blog ni, serious sayang gila dengan blog ni, dah macam diary kot. Lagi lagi bila baca balik kisah dulu dulu kat dalam blog ni, lagi la rasa sayangnya, rasa macam at least kenangan tu ada kat dalam ni. Paham tak? and macam macam benda yang jadi pun bermula dari blog, kenal ramai kawan pun dari blog ni, dari blog bawak ke Facebook, bawak ke Instagram, Tik Tok je belum lagi. 

Anddddd kalau sesiapa tak tau, kot kot ada yang tak tau ke kan. Tahun 2020, satu virus nama Covid 19 dah melanda Malaysia, ramai orang terkesan dengan pandemic ni. Ramai yang hilang kerja termasuk lah me. Walaupun saya bukan lah direct victim, means saya hilang kerja sebab saya sendiri yang decide nak resign and bukan kena buang pun. Eh jap, ke sebenarnya itu memang satu taktik my ex bos nak suruh saya resign tapi buat cara halus, biar saya resign sendiri so that dia tak payah bayar compensate. Hmmmmm, fishy fishy fishy

Jap jap, saya still speechless sebab still boleh bukak balik blog ni. Ingatkan dah hilang dari radar terus lepas bertahun tak login.


Assalamualaikum, dan hai.

Okay, tadi baru lepas abes final exam. So, no more final exam lagi lepas ni. (insyaallah). hope takda yg sangkut. So, dah boleh packing barang and say good bye to UTHM. Nanti gua datang untuk presentation LI, lepas tu konvo. Tapi dengar cerita, konvo nya tahun depan. Gara gara praktikal. Tapi tak kesah la, janji dah abes belaja kan. Takda nak serabut kepala dah. tapi bila free ni, macam serabut jugak. Serabut tak tau nak buat apa. Haha. Bosan jugak kalau takda keja sekolah ni kan. haha.

tapi, memang sedih bila teringat yang ini last kami bersama sama kat sini. Teringat masa mula mula masuk, happy time, sad time, stress time dengan members. Cepat sangat masa berlalu. Hope lepas ni kami still bersama even jauh.

for those yang still dalam situasi membelajar kan diri kat mana mana sekolah, please appreciate every moment. once korang dah nak grad and tamat belajar macam Ah Kak ni, memang korang akan sedih tahap gaban unless kalau korang memang takda geng. Hahaha.

So, sekarang dah boleh start pikir masa depan. haha, bukan nya before ni tak pikir, pikir jugak tapi nak take action tu macam lambat sikit. since sekarang dah betul betul tamat belajar, baru boleh take action. Action apa? action nak cari keja, hantar resume. Hope murah rejeki, dapat keja okay :)
Assalamualaikum.

Lagi 6 bulan, cukup 24 tahun saya hidup dalam dunia ni. Tiba tiba terpikir, apa yang akan jadi pada saya lagi 24 tahun nanti. Takpayah tunggu 24 tahun nanti, untuk tahun depan. or even tahun ni. Apa yg akan jadi dalam hidup saya. Since saya akan grad bulan October nanti (insyaallah). Macam mana dengan kerja saya nanti, lepas grad, berapa lama perlu saya tunggu untuk dapat keja. Or bila dah keja, macam mana kehidupan saya bila dah dapat keja. Cukup pakai minum tak nanti.

Family, akan ada family sendiri tak saya nanti? Mak dah suruh saya cari teman dan kahwin. Katanya, nanti ada orang yang akan jaga saya bila dorang dah takda. Seriusly, saya tak boleh bayang hidup saya tanpa mak dan abah saya. Ya Allah, panjangkan lah umur mereka, berikan mereka kesihatan yang baik. Amin.

Sekarang, kalau ada problem boleh mintak tolong abah or family or kawan kawan. Dan family, sampai bila dorang boleh jaga saya. Dorang pun mesti akan ada family sendiri, tanggungjawab sendiri. Kawan kawan, dorang pun akan ada family sendiri. Susah nak cari kawan yang akan sentiasa dengan kita sampai mati. Kawan kawan pun ada masalah sendiri kan?

Tapi, yang paling penting sekarang adalah sekarang. Sekarang, saya perlu siapkan FYP dan nikmati kehidupan sebagai seorang pelajar tahun akhir. Pasai lepas ni, tak sure akan sambung belajar lagi ke tak. Dulu dah bagitau Mak, nak sambung lagi tapi Mak suruh keja dulu. Huhu. dan yang pasti masa depan saya bergantung pada masa sekarang saya. Gambatte!

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amiin..


Copy and paste from Pen Patah and also can be found at ILuvIslam.
Assalamualaikum. Ehem...

Bila masuk ja tahun baru, semua orang mesti duk kalut cerita pasai umur dah meningkat. Bila cerita pasai umur, bagi yang tak kawin lagi duk bilang tahun, bila mau kawin. Bagi yang takda pakwa pulak, sibuk duk kalut nak cari pakwa lah apa lah. Serupa hidup ni hanya untuk mencari lelaki saja. Pfff..

Bila masuk tahun baru, saya lebih risau dengan umur yang meningkat naik. Bukan lah risau dah tua ke apa. Tua itu pasti. Ini risau dengan umur yang makin meningkat tapi tahap amalan tak sama meningkat dengan umur. Takkan nak tunggu tua baru nak bertaubat. Bila cerita hal bertaubat, tak semestinya bohsia ja kena bertaubat. Kita yang tak berapa bohsia pun kena sentiasa bertaubat. Kadang kita tak sedar kita ada buat salah atau dosa. Malah, amalan kita buat selama ni entah cukup ke tak. I bet memang tak cukup lah kan. Kita lagi tau hal sebenar tentang diri kita berbanding orang lain.


Insyaallah, hujung tahun ni saya akan habis belajar. Bila dah abes belajar, pikir hal kerja pulak. Entah dapat kerja yang elok entah tidak. Bila dah kerja kena pikir hal nak berbakti dengan famili pulak. Sepanjang duk belajar ni, banyak jugak dah menyusahkan famili. Itu belum pikir hal nak kumpul harta lagi.  Pikir nak tambah amalan lagi, pergi umrah, haji. Sementara tengah kuat gagah lagi ni. Ehem, kuat ke?

Lagi satu, bila umur kita meningkat. of course lah umur orang lain pun meningkat. Famili kita. Mak Abah kita. Bila saya tengok mak saya duk rindu kan arwah nenek saya, saya akan bayangkan diri saya pada masa hadapan. Sama macam mak saya sekarang kah? Seriusly tak boleh nak bayang kan. So, hargai lah ibu bapa kita :)

p/s: tadi taip entri ni sambil dengar lagu sedih. Tiba tiba sebak ja. Terus tukar lagu rock. Hey, kadang kita kena ego dengan diri sendiri. Baru lah diri ni kuat dan tak lemah. Yeah!
"Aku still dapat bertahan, sebab kau la"
“Kalau kau tak da, aku tak tahu la.”
“ Aku asyik ingat kau je dari tadi. Aku memang tunggu kau datang.”
“ Apa-apa pun yang berlaku, aku ada kau je babe.”
“ Aku cerita kat kau je ni kalau ada pape.”

Bertubi-tubi ayat demi ayat diberikan. Hati aku mula rasa serba salah. Sesungguhnya aku tak mengerti. Mengapa aku insan yang dipilih.

Awak, saya penah cerita pasal awak dekat A, sebab saya merajuk dengan awak.
Awak, saya pernah cerita pasal awak dekat A, sebab saya tak puas hati dengan awak.
Awak, saya pernah cerita pasal awak dekat A, sebab saya sedih apa yang awak buat dekat saya.

Kalau la awak tahu, saya pernah berkongsi cerita awak dengan A, awak masih harap saya selalu disisi awak ke? Saya bukan tak cuba berterus terang dengan awak, tapi awak masih buat endah tak endah. Dengan sebab itulah, saya terpaksa berkongsi rasa dengan A sebab saya boleh jadi “gila” kalau memendam rasa. Saya bukan manusia yang sempurna untuk terima setiap perkara yang awak lakukan pada diri saya. Saya harap awak faham situasi saya.

Tadi… bila saya tatap wajah awak dan awak tenung saya dengan mata awak, saya tahu, awak amat memerlukan saya untuk memahami situasi awak. Awak, kalau saya dah tak boleh nak temani awak, saya harap awak tabah harungi hari-hari awak. Bukan saya tak sudi, tapi awak pun faham saya tak boleh sentiasa dengan awak. Awak, saya juga tengah cuba menjadi kawan yang baik untuk awak. Saya harap awak maafkan saya untuk kesalahan yang pernah saya lakukan. Saya doakan awak sentiasa senyum untuk saya.

hala tuju kita tetap sama ye awak.


Okay, hari ni saya kat library. Jangan pelik kenapa pagi pagi buta saya dah kat library. Okay. Sebenarnya tadi ada kelas then selepas penat berhempas pulas dengan selimut dan bantal. Selepas habis basah sebab mandi. Lepas habis bedak saya tempek kat muka. Selepas penat saya meredah hujan dan jalan yang jam. Tup tup kelas batal. Haji Lecturer ni memang lah...

Then, saya amek jalan menuju ke library. Okay, sebenarnya kawan yang ajak. Lagipun takda kerja sangat, boleh la lepak lepak kat sini. Lepak kat library? See, lepak secara berilmiah. HAHAHA.

Then, blokwalking sikit and jumpa video yang seriously sweet gila. Kot kalau dapat sorang yang macam ni, memang tak cari lain dah. Eh, kalau tak dapat yang macam ni pun tapi baik, memang tak cari lain jugak. Lagipun macam dapat je kalau nak cari lain. nak cari sorang pun tak dapat dapat lagi ni. Kih kih kih.

Okay, Si Awek ni bertuah dapat lelaki ni. Sebab saya rasa tak ramai lelaki yang sweet dan romantik dan berani dan ada idea untuk buat macam ni. Lagipun dorang ni boleh dikatakan bercinta selepas berkahwin la. Walau tak kawin lagi. Tapi at least hubungan dorang dah melangkah ke alam perkahwinan, dah bertunang. In fact pilihan ibubapa pulak tu. Yang korang tu, mak bapak korang tau tak korang ada couple? Kih kih kih.

Okay, saya jealous dengan awek tu. Hurm. dia lagi muda dari saya tapi dia dah ada tunang. Hurm. Ohya ni blog si awek tu ----> blog si awek.
Semalam saya dapat berita adik seorang rakan saya meninggal, kemalangan kat Melaka. Sejak dua menjak ni, kalau dengar pasal kematian walau tak kenal orang tu. Mesti rasa sedih gila. Selalu terbayangkan kalau yang meninggal tu kita sendiri. Apa lah perasaan mak ayah and family kita. dan yang paling penting, tak sempat bertaubat. taubat nasuha.

Dan kes kawan saya tu, dia sendiri yang kena pegi cam mayat adik dia. Tak boleh bayang kan kalau saya kat tempat dia. Harap sangat dia tabah. yeah, lelaki. sekuat mana pun dia mesti rasa sedih jugak bila ahli keluarga terdekat meninggal.

Hari makin hari, kita makin dekat dengan kematian kita. dan hanya sedekah yang boleh melambatkan kematian kita.
Last weekend, saya pegi hantar adik daftar kat sekolah baru. Rasanya ini first time dia keluar negeri, before ni asyik terperuk aje kat negeri sendiri. Nak bercakap kolumpor pun tergagap gagap.

Dalam duk tolong dia packing barang barang, ye la. kalau tak tolong, memang tak ter-packing la barang tu. seluar kecik pun tak reti nak lipat. Haih. Teringat time kecik kecik dulu, saya jugak la yang tolong packing botol susu dia, pampers sekeping dua. baju sehelai, towel kecik satu, buat gentel time hisap susu. hantar pegi rumah pengasuh. Yela, time tu saya baru darjah 3. Time tu sekolah petang, dalam pukul 10 - 11 gitu, saya akan hantar dia ke rumah pengasuh. Lepas 14 tahun, saya tolong dia packing kain baju buat pegi sekolah pulak. Haih. Cepat jugak 14 tahun ni ye.

Harapnya, si adik tu tak ter-culture shock kat sana.
Dari kecik, saya selalu kena tuduh seorang yang cacat oleh kaum keluarga saya. Akibat daripada keadaan fizikal ibu jari saya. Ya, kontot. Kuku pun dalam 1 cm jak. Masa kecik dulu, macam bengang jugak bila kena kutuk macam tu. Ya la, kecik lagi. tak reti nak pikir pasal ketentuan illahi.

Mula mula macam pelik juga, kenapa saya dikurniakan dengan jari yang kontot pasai adik beradik yang lain takda pulak macam tu. Sudah la kontot, hitam pulak. dulu mak abah saya selalu reka cerita yang saya ni anak orang india kat Klang nu, pasai dulu abah keja kat sana. Cess....

Tapi, kat sekolah dulu ada jugak sorang budak ni jari macam saya jugak. So, saya takda la rasa cacat seorang diri saja dalam dunia ni. Tapi bila kawan sekolah tengok jari saya, semua nya macam eeeuwww... mana kuku ko selebih nya? tak sakit ke bila potong kuku? Damn, korang buat gua rasa macam gua ni raksasa dari planet marikh. dan sekurang kurang nya gua tak cukur bulu lengan. Eh, apa kena mengena kuku dengan bulu lengan ni?

Okay. Makin lama hidup, makin bertambah bilangan orang yang saya jumpa yang jugak ada ibu jari macam saya. So, keyakinan dalam diri sedikit bertambah. Nak buat thumb up pun dah tak ragu ragu dah. Makin bertambah tak ragu bila ada orang cakap.. "kecik nya kuku awak,comel gitu. Padan sangat dengan tuan nya yang kecik molek.. Auww." Okay, saya reka ayat. tapi itu lah pertama kali nya ada orang cakap jari saya comel. Seriusly!

Tapi masa tengah menjawap exam selasa lepas, saya ternampak sorang abang pengawas ni. Tangan nya takda ibu jari langsung. Then, saya tengok ibu jari saya. Walaupun ibu jari saya kontot, tapi sekurang kurang nya saya ada jari. dan saya terus menadah tangan. berdoa dan mengucapkan syukur. Alhamdulillah..

Sebenarnya saya pun tak tau apa definisi first love tu. orang kata tak couple pun boleh kira first love, kiranya first time korang jatuh cinta la kot (ew ew ew). tapi first time saya menjalinkan hubungan dengan lelaki adalah time form 5.. perggghhh...

Sebenarnya bagus jugak couple time sekolah ni. Pasai ia akan memberikan satu semangat baru dalam diri. Semangat nak pegi kelas, semangat nak basuh kasut sekolah. Semangat nak bergiat aktif kat sekolah. Semangat nak buat homework, sebab pastinya korang taknak Si Dia nampak korang di denda oleh cikgu dalam kelas.

Time zaman sebelum menjalinkan hubungan, saya selalu pegi kelas lambat. Time loceng bunyi, suruh budak beratur luar kelas, baru la saya turun tangga rumah and pakai kasut. Budak beratur luar kelas, saya beratur luar rumah. Amacam? Rumah saya dengan sekolah agak jauh, tapi tah cemana boleh dengar loceng sekolah. Then, gerak naik moto. Ye, time tu saya takda lesen tapi pegi kelas naik moto. Amacam, otai tak? Sampai sekolah je, orang start baca doa dah. Saya baca doa atas moto kat parking moto.

Pegi kelas, kadang baju tak iron. tak basuh. bukan seminggu tak basuh, dalam dua hari tiga hari tak basuh laa... kasut, tak yah cite ah.... Asal tengahari aje, tak sempat loceng bunyi. Saya dah start enjin moto nak balik dah. Petang kang ada latihan kawad kaki lak, Pukul 5 start, Pukul 4.45 baru terhegeh nak cari kasut hitam, stokin hitam.

tapi bila dah menjalinkan hubungan, pukul 645 saya dah siap nak ke sekolah. Dulu abah gua siap perli, awal gila pegi sekolah. Lagi awal dari abah gua gerak pegi keje kat KB nun. Perghh.. Ini lah penangan cinta beb! Baju tak yah cite ah. Kotor sikit aje, basuh. Stokin pun tak sempat nak bau busuk saya dah basuh kaw kaw punya. Moto lak park sebelah menyebelah. hihihi. Tengahari balik lambat, dating sepam dua dulu. Kang latihan kawad kaki pun datang awal gak, sebelum start latihan saya start latihan dating dulu. Saya latihan kawad kaki, dia latihan softball, kadang tu memanah. Atlet beb, atlet!

bila teringat balik, memang rasa rugi sebab lepaskan dia. pasai dia ada semua ciri ciri lelaki yg buat gua nosebleeding. tapi tu la, nak buat cemana kan. lagipun time tu budak lagi. budak tak budak, dah reti le cane nak  menggatai. tapi tu la, no jodoh no talk.

Eh.. saya bukan nak menggalakkan budak budak sekarang bercintan cintun time sekolah. Bagi saya, tak salah nak bercintan time sekolah asalkan korang bijak pikir dan tak mencampuradukkan perasaan gatai dengan perasaan belajar. Ada orang, bila bercinta lupa diri terus. Ada orang, tak bercinta pun lupa diri. Kih Kih Kih~
Tadi petang, call adik. Ceritakan tentang masalah yang tak berapa masalah tapi menjadi masalah kepada saya. Dan, tiba tiba adik saya buleh  kasi nasihat yang terbaik buat saya yaitu si kakak nya.

" Kau dah besar, sampai bila mak abah nak jaga kau. Sampai bila semua benda nak mak abah yang decide kan. Belajar lah buat keputusan sendiri. Nanti kalau ma abah dah pegi Mekah, kau ada problem, kau nak tunggu mak abah balik dulu baru setel kan problem kau ke?"

Damn, seriusly gua rasa gua sorang kakak yang failed. Macam mana, seorang adik boleh nasihat macam tu kat kakak dia. Teringat masa abah datang kat rumah sewa saya. Abah cakap;

" Nanti abah gi Mekah, balik jaga adik kat rumah.."

Tapi, saya rasa macam adik saya yang akan jaga saya nanti. Ce mana tu? Hurm.. Bila mana dah pilih nak ikut nafsu, tak ikut cakap ma abah. mesti le rasa bersalah sangat, mesti le ada benda lain yang akan jadi. Tapi, nafsu dah menguasai diri. Tiba tiba ja sedih. Tiba tiba ja teringat kat ma abah. Ah.. okay bai!
Hari ni genap 20 Disember 2009. Genap adik saya berumur 16 tahun. Walau tahun depan dah masuk form 5. Tapi dia baru masuk 16 tahun. Jadi nya, dia baru buleh daftar nama untuk amek lesen motor. Kawan dia yang lain dah dapat lesen sebab kawan dia lahir awal tahun.

Haha. Apa pun, Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran kali ke 16. Moga lebih matang bila kena marah dengan mak abah, jangan cepat merajuk kalau takdapat apa yang diinginkan. Jangan selalu main game sampai hang komputer. Jangan selalu pow kakak kakak, asyik mintak aiskerim dengan mister potato aje. dan Rajin rajin lah kedapur.

Apa cerita kalau dah hidup 16 tahun tapi piring pun tak kenal. dan, jadi anak yang soleh dan adik yg baik. Okai, Selamat Hari Jadi Dik, I Love You! ;p


 
*konon
Tarikh : 28 11 09. Malas nak tulis banyak, yang pasti bukan saya.
   



 



 

 


Selamat Bertunang, Kakya dan Abang Bob. Tak sabaq tunggu tahun depan. dan Abang Bob, anda lagi selangkah ke alam Keluarga Zulkifli. Welcome!
keadaan makin kusut. makin serabut. saya dah cuba sikat dengan rapi, sekali dengan minyak zaitun lagi. tetap tak buleh. tetap jugak kusut. kusut pun dah menjadi masai.

last - last sikat pun patah. betul betul rasa tegang. tapi mungkin juga hormon tak berapa mencukupi, itu yang buat jadi tak stabil. hormon tak stabil boleh jadi bahaya, buleh merosakkan hubungan sesama makhluk.

kadang kadang rasa menyesal. kadang kadang rasa tak. sebab satu hari nanti keadaan ni terpaksa saya lalui juga. apa beza nya sekarang dengan kemudian. sakit tetap sakit. sampai bila nak berdiam diri saja. lebih baik sakit sekarang daripada kemudian hari, sekarang masih muda. masih kuat. masih awal. bak poster di hospital, mencegah lebih baik dari merawat.

mungkin saya patut mendiamkan diri, menjauhkan diri. tapi nampak gaya nya keadaan makin kusut. makin bersimpul. tapi belum sampai tersimpul mati lagi. makin saya lari makin dekat dia datang. memang dekat pun. sipi saja.

langkah terbaik, meng-invisible-kan diri. kot kalo kusut jugak, terpaksa gunting dan buang. selepas beberapa minit, saya tersedar. bahawa jiwa dan hati saya masih berperasaan. masih boleh digunapakai. masih sakit bila dicucuk. lama juga tak rasa sakit sebegini.

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Cucuk Lagi. Boleh Saya Rasa Sakit Lagi.

*kalau rasa sakit boleh dipilih pilih, saya pilih rasa sakit berperisa strawberi.
dua hari lepas, rumah saya dikejutkan panahan kilat secara tiba tiba. lebih kurang jam 12am, masa tu saya duk ralit bermain game sambil meriba laptop. tiba tiba ada bunyi letupan sekaligus dengan blackout. tindakan refleks saya masa letupan tu adalah membaling laptop jauh jauh. tapi masih lagi di atas katil. masa tu, saya memang tak guna bateri laptop, direct terus pada letrik. mati mati saya ingatkan laptop saya terbakar sebab saya terhidu bau hangit dan katil saya penuh dengan dedebu. hampir saja menangis. saya masukkan bateri dalam laptop dan cuba on sambil membaca bismillah, dan alhamdulillah. laptop masih bernyawa.

masa letupan berlaku, saya rasa rumah saya bergegar. dan memang bergegar pun, habis semua jam dinding dan gambar yang tersangkut pada dinding jatuh. cermin tingkap dibahagian dapur semua nya pecah. di ruang tamu, abah datang bersuluhkan dengan lampu bomba nya, bau hangit penuh satu rumah. rupanya, power board rumah saya dah terbakar. nasib tak meletup saja. lampu rumah pun tade yang meletup, cuma terbakar saja. tapi cermin yang abah letak pada lampu pecah teruk. kabel talifon hampir terputus.

jadi, malam itu kami berempat tido diruang tivi sebab cuma diruang tivi saja yang ada lampu emergency. mak kata, malam tu malam perayaan bagi nyamuk. takde kipas nak halau nyamuk. dah guna ridsect pun masih boleh hisap darah orang. dasar nyamuk!

esok pagi nya, kami meninjau ninjau kawasan laman rumah dan abah jumpa satu lubang sedalam satu hasta di belakang rumah. kata abah, kat situ la peluru kilat jatuh dan pokok pisang kat situ habis mati, daun semua mati. tali yang abah ikat kat pokok kelapa pun putus.

jiran saya datang melawat dan kata nya kami perlu buat doa selamat, mintak jauh dari bala dan buat tawari. saya tak tau apa kebendanya tawari tu, ini pun tak tau betul ke tak ejaan nya. saya memang tak tau menahu bab ni. dan saya memang tak kisah kalau ditipu. saya tersangat bersyukur yang saya tak terjadi apa apa sebab masa panahan kilat tu kan saya duk meriba laptop. maunya laptop saya meletup, dengan saya - saya sekali akan ikut meletup.

syukur ya amat sangat. malam tu saya juga bernasib baik sebab selalu nya saya akan menonton tivi hingga lewat malam. mak kata, kilat tu datang dari dapur terus ke ruang tivi terus ke ruang tamu dan terus ke power board. sekali lagi bernasib baik. maunya saya duk ralit tengok tivi, aahhhh... tak mampu nak bayangkan. apa pun, sampai sekarang saya sedikit takut nak bukak laptop dan bermain game. fobia kot.
Ya, dem yuh atau jugak damn you. damn you kepada budak yang telah menganiayai kucing ini.


apa yang buat dia rasa happy pun tak tau. sesuka hati saja pegi cat bulu dia. memang la kaler hijau tu lawa, funky. tapi toksah la duk cat kat kucing. cat la kat rambut kau saja. haih. kesian betul kucing ni. sampai kan ada bulu yang tercabut. kesian~kesian.
saya rindu kan seseorang. eh bukan, tiga orang. mak abah dan adik. hurm, rindu sangat. adik, jangan lupa beli kan gelang untuk kami ya? hu hu hu. saya benar benar berharap mereka selamat di sana. dengar kata kat sana sungguh la panas ya amat. mak saya kata hampir 50 darjah selsies, kalau mak saya tipu, makna nya korang dah kena tipu lah. dan saya juga. hu hu hu dan harap juga mulut adik saya berkelakuan baik. adik saya tu tak buleh makan saman sikit. lagipun mak saya kata kat sana kena berhati hati bila bercakap. kerana mulut badan binasa.

 
ini adik saya. dia selalu perasan hemsem.
Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ▼  2022 (2)
    • ▼  March (2)
      • Antara Buku Yang Sesuai Untuk Anak Umur 1 Tahun
      • Pengalaman Mengandung Kali Ke Dua - Part 1
  • ►  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (31)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (77)
    • ►  December (9)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ►  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes