Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Selepas dapat je kelonggaran untuk aktiviti perkelahan dan perkhemahan haritu, Hubbi terus ajak kami pergi camping. Si Melur ni pun dah lama asyik mintak nak pergi camping je, nak jumpa kawan kawan, mandi sungai, main pasir semua tu lah. Dia pun dah bosan kan berkurung kat rumah je sejak PKP ni. Last kami pergi camping kalau tak silap, awal tahun haritu dan sekarang ni dah nak hujung tahun. Dah lama la kan?

Disebabkan masih tak boleh merentas negeri, so kami pergi yang dekat dekat sini je dulu. Kalau boleh merentas negeri, rasanya semua orang pun akan pilih balik kampung dulu kan? 

Sebenarnya Hubbi dah lama booking tempat ni dengan tuan tanah, itu yang bila dapat je green light, terus panjang je langkah tu. Kita yang mak mak ni sebenarnya risau jugak bila dia ajak pegi camping, risau nanti kat tempat camping tu jumpa dengan orang ramai, musim covid ni kena extra berjaga jaga. Tapi Hubbi cakap tempat ni kawasan persendirian so takda orang lain melainkan kami saja. Okay, lega sikit.

Masa mula mula sampai, rasa macam terkejut jugak. Rasa macam, eh ada sungai ke kat sini, boleh camping ke kat sini, ni macam rumah orang siap berpagar elok je. Ya, betul memang rumah orang pun ya, rumah tuan tanah tu la. Dia bukak pagar dan kami masuk parking kereta kat dalam kawasan rumah dia. Masa ni saya still blur blur lagi, mana sungai nyaaa?? 

Bila hubbi bawak pegi ke kawasan belakang rumah, terus rasa wow sangat. Bestnya rumah tuan tanah ni, bestnya ada tanah besar macam ni. Ada kolam renang, ada kolam ikan, dan kat hujung tu baru la jumpa tapak camping tu dan disitu lah sungainya mengalir 😍


Kawasan dia bersih dan redup je, siap ada pondok sekali dengan meja kerusi lagi tau. Bukan tu je, siap ada sinki, mak mak yang nak masak masak ke BBQ ke sambil sambil piknik tu jangan risau, kelengkapan semua ada. Yang paling paling penting, toilet pun ada dan selesa sangat.

Eh yang kaki pancing tu jangan lupa bawak set pancing sekali ya, kat sini tuan rumah bagi kami pancing ikut suka hati asalkan untuk makan katanya. Haritu banyak jugak ikan yang kami dapat, siap dapat ikan patin lagi. Apa lagi, ikan patin masak tempoyak la kan, kebetulan memang ada bawak tempoyak. Hirup kuah tempoyak panas panas kat tepi sungai, syoknyaaa.

Punya lah best macam ni, cuba teka berapa caj sewa tapak ni untuk semalaman? RM50? RM100? Tak, salah ya sebab bayaran adalah seikhlas hati, yessss seriously SEIKHLAS HATI. Kemudahan dah la cukup lengkap, ada pondok elok berteduh, ada sinki, ada power supply. Siap boleh memancing lagi, ada tandas selesa untuk kaum kaum ibu tapi bayaran seikhlas hati je, ya Allah permurah betul tuan tanah ni, ya Allah murahkan lah rezeki tuan tanah ni, berikan dia kesihatan yang baik, jauhkan dia dari wabak berjangkit ni. Aminnn.

Okay, next nak pergi camping kemana ni?


Hai dan Assalamualaikum.

Sekarang pelajar Universiti tengah bercuti. dan disebabkan saya ni pelajar universiti, maka nya saya pun tengah bercuti lah. Pehh.. lain macam pulak bunyi nya bila mengaku diri ni pelajar universiti.

Haa. Last week saya ke Perlis. First time jejak kaki ke Perlis, excited bak hang! tapi saya rasa kat sana dia punya panas tu lain macam sikit. Memula, berterima kasih kepada kawan saya ni. Kalau tak kerana dia kahwin, mesti saya tak jejak - jejak lagi ke Perlis. Next time kahwin lah lagi. Eh bukan, next time kawan yang lain pulak kahwin. Hew hew hew.


Tiap kali bergambau dengan pasangan pengantin baru, saya mesti dapat port sebelah pengantin lelaki.  Bahaya kalau bergambau sebelah laki orang ni. Silap gaya posing boleh kene halau, tak sempat nak jamah nasi minyak. Tapi, sekali tengok gambau ni, saya dah seropa biawak, kepala senget senget. Silap posing pulak. Haih T.T

Sambil tu, kira macam small reunion la. Tak ramai yg datang. Eh, ramai jugak tapi ramai yang kena balik cepat. Ada yang nak berangkat pulang ke kampung halaman, ada yang nak balik ke bandar halaman. So, tak boleh join berkumpul bersama sama. Sebenarnya saya terharu jugak dengan kawan kawan yang lain. Sanggup turun padang ke majlis perkahwinan kawan, datang jauh jauh. Dari selatan ke utara, dari barat ke utara. dari pantai timur ke utara. Saya harap, time saya kahwin nanti dorang pun sanggup datang jauh jauh jugak. Kah kah kah. gatai betei bunyi nya. Sekolah pun tak habis lagi.

Haa.. Lepas ni sapa pulak yang nak kahwin ni? jangan lupa jemput, alang alang boleh saya merantau mencari cinta. Puih!



P/S: Saya tau awak mesti geram bila baca entri ni kan? Hehe. Jangan geram geram. Tuu. saya sengaja pilih gambau yg tak clear, tak nak kasi awak geram. Hehehe. Tuu.. dua keping je saya upload. kalau tak, semua saya upload. Hihihi
Hai, last week saya pegi ke Perak, atas lawatan sambil belajar kat sana. So, pegi melawat Power Plant kat Malakoff. Sebenarnya kelas saya buat dua tempat power plant, satu kat manjung iaitu kerajaan punya, TNB dan Malakoff, iaitu swasta punya. So, of course la saya pilih swasta sebab banyak sebabnya. Then, alang alang dah kat Manjung, kami terus straight ke Pangkor. Yeahh!!

Okay, mula mula pegi power plant Malakoff dulu. Okay, sebab musabab yang utama saya pilih Malakoff instead of TNB, sebab kat Malakoff ada bagi makan. Breakfast dan lunch. Kat TNB, takda. kebuluq sapa yg pilih nak pi sana. hehe. Lepas tu, mesti la nak tengok apa yang best sangat kat Malakoff tu. Tapi memang best, tepi laut. Kat Malakoff dia guna gas, so dorang cakap kadang dalam sebulan dorang tak buat letric sebab gas mahal.

Ini pemandangan dari club house dorang, siap ada swimming pool beb. Sapa mau keja sini, kata nya pointer mau dalam 3.0 ke atas. Memang say good bye la.

Okay, then kami straight ke Marina Bay. Naik feri dari sini. Kat sini pun pemandangan agak terbaik. masa kat sana, ada chinese amek gambau kawin kat tepi laut tu.


Ni first time saya naik feri woo.. Mula tu ingatkan ada mabuk laut ke apa, siap telan ubat tahan pening. Tapi, bila balik lupa nak telan dan rupanya tak mabuk laut pun. cess...

 Bila dah tak mabuk, terus pakai spek and start to poyo poyo..

Sesampai je kat chalet tu, siap siap, solat apa yang patut, terus pegi tepi pantai. Ada upacara main bola tampar. Bola tampar patut nya saya tak main sebab memang fobia game baling baling bola ni. Last minute, ada kawan tak sihat so kene ganti dia dan of course lah group tu yang first kalah. Mesti lah kalah, ni first time saya main bola tampar. HAHAHA.

 Nampak tak kesungguhan gua nak menang tu?

Esok pagi nya,  part yang paling best iaitu snorkeling. Mula mula gila takut nak turun laut sebab ombak besar pasai pagi tu baru lepas hujan lebat. Tapi bila dah start ke tengah, takut dah hilang. Ada la nampak ikan ikan comel tu tapi saya takda kamera canggih nak tangkap gambau dalam ayor. Tapi yang paling tak best nya, banyak gila luka sebab main kat batu. Batu batu tu ada kulit kerang siput yang tajam gila tapi time kena tak rasa apa. Bila balik bilik, mandi baru rasa pedih nya. adess

On the way nak ke pulau kecik, tempat snorkeling. Okay, nampak tak muka ketakutan gua tu? Serius takut wehh.. gua dah la tak reti berenang. Mamat tu main drift kat tengah laut tu, tercampak kang. Naya la wooii

Anak ikan bilis

ehem ehem

 
 encik lecturer yang super spoting abes.

Then, banana boat pulak. Tapi yang banana boat tu tak berapa nak best sebab tak berapa nak mencabar. Dia tak pandai nak tarik kitorang jadi  jatuh secara spontan. Bila dia bagi signal (signal nak jatuhkan kitorang), kitorang siap boleh tunggu, bila nak jatuh.. adooii

 
Baru nak mula. gerak pun belum.

Then, balik. Before balik ada pegi round round sekitar pulau tapi saya tido. Lepas tu pegi kilang sotong kering, rugi tak beli. Lepas tu pegi Kota Belanda, takda apa pun, just macam dinding batu bata saja (nampak sangat tak menghargai kisah sejarah tanah melayu). Dah naik feri balik, singgah beli apa yang patut lagi sekali. Then, berenti lagi kat Jeti Lumut, beli apa yang patut jugak. Serius best gila trip kelas ni. Hope next time ada lagi.. Auww...

p/s: perasan tak gambau pegi power plant tu sekeping je, padahal itu tempat utama lawatan nya. hahaha

Sapa kata towel tak boleh jadi satu trend fashion tudung? Okay, lilit saja macam biasa dan unik nya, gunakan kepit rambut ganti reben kat kepala. lagi lekat.

Okay, tadi pagi saya and the gang pegi mandi sungai. Teringin gila mandi sungai, dah lama gila tak mandi sungai. Mandi kat Gunung Berlumut. Pergh, jauh ke dalam felda perjalanannya. Tapi, gambau kat sana tak boleh dishare lah atas sebab tertentu. Dan, bila balik saya pakai selendang towel (refer gambau kat atas, pasai rambut still basah. Then, bila kat traffic light ada satu kerete duk gelak gelak kan gua. Cess... pakcik dan si anak nya, tak pernah tengok orang lawa gamak nya. Ini lah namanya stylo, pakcik. Anak pakcik ada idea nak pakai macam tu? Takdaaa ppuuuunn....

Eh, semalam pun gua digelakkan jugak. Sebab, saya galas bakul kat belakang. Ya, bakul carrefour tu.. galas macam beg sekolah, kat belakang. Sebab, saya malas nak pegang. Then, ada makcik duk gelak. Cess... ini lagi sorang tak tau apa makna nya stylo. Well, kan dah cakap, saya malas nak pegang bakul tu. so, galas je la. Yang deme duk gelak tu, macam la deme nak tolong bawakkan bakul saya tu. Hampess...

Ohya, kat Gunung Berlumut tu ada Beruk. Hati hati kalau kat sana.

Sabtu lepas saya melancong ke Singapore. Kah kah kah.. Rugi la kalau tak pegi pasai saya kat Johor je pun. Alang alang dah dekat, alang alang sekolah ada buat lawatan ke sana, alang alang ada duit lebih siiiiikiiiiittt... Join je la. Bila lagi nak pegi, ye dak? Ni pertama tama kali nya saya keluar dari Malaysia. Tanah siam pun saya tak pernah jejak lagi walau pernah pegi Rantau Panjang. Rantau Panjang tu dah sempadan Kelantan Thailand, kalau tak silap. Okay, sebenarnya takda duit. Kalau ada duit, sampai ke Jepun pun boleh pegi. Huh? Kenapa mesti Jepun? sebab sana ramai makhluk hansamu.


So, Moh kite tengok gambau sambil bercerita. Apa guna pegi pinjam kamera dengan kawan, amek gambau kalau tak mau tunjuk kat adik adik, Ye dak?



Sesampai nya kat Singapore, mula mula pegi Merlion Park dulu. Tapi agak kuciwa pasai, Singa keluor ayor ikut mulut tu tengah renovate, kot. So, tak da rezeki nak amek gambau dengan dia. Tapi, baby Singa ada la. Nama pun baby, so tak berapa nak hip la. Maybe next time kena datang lagi kot :)


Then, tourist guide bawak pegi Gallery Chocolate kot. Situ ada jual maaanyyyaakkk chocolate pelbagai spesis dan perisa. Tapi saya tak beli pun, pasai masuk masuk ja dapat air chocolate free. Lepas tu bagi lagi cokelat free. Buatpa nak beli lagi oii. Hahahaha!!


Sejurus itu, solat jamak Zuhur Asar kat Masjid Sultan Singapura. Belakang Masjid tu, Arab Street. Tempat terbaik untuk membeli kushen kepada teman teman yang sibuk duk suruh beli kan ole ole. Kat sini murah. Berbaloi untuk dibeli.


Then, tourist guide bawak pegi Mustaffa Center. Dia kata, Mustaffa Center ni macam Mydin Malaysia la. Tapi 24 jam. Tapi jual barang original. Betul ke idak ori nya, saya tak reti nak nengok. dalam ni pun ada souvenir kalau nak beli tapi kat Arab Street lagi muraaaahhhh.


Kemudian, terus pegi Sentosa Island. Kat sini macam macam ada. Yang paling tip to the top, Universal Studio. Nak masuk, 60 dollar kot. Tapi kami tak masuk kot. Mana nak cekau 60 dollar tuuu... Maybe, next time bila dah keja. Kumpul duit, baru boleh masuk sini kot. Okay, angan angan dah ada. Janji ada angan angan.





Sini, Siloso Beach. Kat sini, kepada sapa sapa Si Lelaki yang nak mencuci mata. Boleh la lepak kat sini. Awek awek berbikini bersepah kat tepi pantai duk sun bathing. Super Hot!. Tak lupa juga kepada Sang Gadis. Korang pun boleh cuci mata tengok Mamat Hansamu pakai short main bola tampar tepi pantai.. Badan ketak ketak. Pergghhh...


Okay, saya tak teruja pun dengan pantai dorang. Pasai, pantai kat rumah saya nun pun ada. Bosan ah dengan pantai ni.

Then, malam tu saya tengok Song of the Sea. Memang canggih dan super dan terbaik. Kat Malaysia, ada ke? Kalau ada, malam malam boleh le pi tengok. Song of the Sea murah je, 10 dollar jeee...... Tapi seriusly berbaloi dengan 10 dollar tu.. Yang Universal Studio tu, tak tau berbaloi ke tak kalau masuk, dah la 60 dollar.
Okai, memandangkan kali ni saya menggunakan servis internet secara berbayar dan agak mahal kalau dibandingkan dengan yang dulu, makanya harus mengupdate blog dengan kadar yang kerap. Tapi tak boleh kerap sangat pasai saya seorang yang bizi. Bizines women. Kalau diikutkan sejarah hidup saya, last week saya pegi Muo. Kawan saya bertunang, Si Nyot. Si Nyot ni satu kelas dengan saya sejak saya sambung belaja kat Batu Pahat ni. Beliau seorang minah rempit tapi bila malam datang, takut naik moto. dan Rasanya sepanjang proses pembelajaran kat sini, baru sekali dia pakai baju kurung. tapi itu pun saya tak pernah tengok rasanya. Ke pernah? Nyot, pernah ke? Kah kah kah

 

Si Nyot, tayang cincin couple. Yang sebelah tu available lagi. Jadinya, semoga panjang jodoh, dan cepat cepat ke jinjang pelamin. Kawin kang jangan lupa ajak. dan harap bersabar. Dan beliau bertunang dengan orang sarawak. Dan rupanya adat kat serawak, kalau bertunang akan dapat sijil. Sijil Pertunangan, bukan Sijil Penyertaan. Macam pelik, tapi dah adat kat sana. Kot sapa nak sijil pertunangan, boleh lah bertunang dengan sarawakian. Justeru itu, Si Available bawak kami mengenal Muo memandangkan beliau turut merupakan seorang Muorian (??). Tapi, tak tau apa nama tempat ni. Tanjung kot? Tah. Tapi dia lupa bawak kami pegi tempat yang ada monyet. Maknanya lepas ni nak kena pegi Muo lagi le. Kih kih kih

 
 

 


Kenapa gamba kami lagi banyak dari gamba orang yang bertunang? Sebab, dia dah bertunang.
Tarikh : 12 12 09 Malas nak taip banyak, jugak. Yang pasti bukan saya, jugak.


 

 

 



 
ini saja nak test pelamin. Kot tak kukuh ke, tak stabil ke.

Selamat pengantin baru kepada sepupu, Emi dan Zed Zaidi. Saya takdak banyak gamba masa dorang berarak dan bersanding pasai masa tu saya bizi makan nasi. Nasi dengan gamba, of coz lah nasi oit!
Hari sabtu begini, saya keluar ber'derak' secara berjemaah ke Zoo Negara. macam agak kolot, tapi saya suka dan yang paling penting, saya jumpa haiwan ni.

 
*sila kelik untuk buat dia lebih kelihatan hemsem

stylo gila kan rambut dia. nampak nya ada lagi yang masih dengan style rambut belah tomok Newboyz. rasa nya takperlu kot saya tayang gambar banyak banyak. sebab semua nya gambar haiwan. tak kan ada yang tak pernah tengok kambing kot. oh ya, saya tengok ramai yang macam jakun bila jumpa kambing. orang Key Ell ni tak pernah jumpa kambing ke? agak agak dorang pernah jumpa pok karung tak? jadi, saya tayang gambar ahli rombongan cik kiah saja lah. heheh!


 
oh ya, rupa rupa nya dia ni adalah cucu jiran nenek belah mak saya

   
gadis ni lawa kan dan Pakwe dia pun Hemsem ugak


 
saya memang tak lawa dan mamat tu pun tak hemsem ugak. aha!

 
di muka depan Zoo

Kamus Balai Raya: 
*berderak-bersiar siar 
*pok karung-mengkarung
uffhh~ahh~ keletihan dan kelenguhan. walaupun bukan saya yang memandu, tapi letihnya bagai saya memandu sebuah bas. oh ya, dua hari lepas saya pegi Kedah. pagi pagi buta mak saya kejutkan saya, kata nak pegi Kedah. aiseh, ingatkan tak jadi. hohoho~ 

tapi ada sedikit kecelaruan perasaan sepanjang saya berada di Kedah. yang ini tak perlulah saya cerita dengan panjang lebar. ini salah satu daripada rahsia cinta peribadi saya. cheewah~

oke lah, saya cerita jugak. saya tau anda si pembaca mesti berkobar kobar nak tau bukan? hahah! masa saya di Kedah, saya terjumpa kawasan tanah perkuburan arwah cinta hati saya. macam mana saya jumpa? secara kebetulan, dan sememangnya saya ada alamat tanah perkuburan arwah. cuma belum berkesempatan nak pegi. ah, rasa rindu sangat. rasa lepas sedikit niat yang terniat. tapi lain kali saya pasti pegi lagi dan bacakan yassin untuk arwah. oke oke. cukup untuk itu saja cerita saya. jangan banyak tanya, oke?

Tapi awan dan langit di Kedah sungguh lain dari yang lain. okay, maybe itu cuma perasaan saya saja. tapi saya rasa awan dan langit di Kedah begitu cantik dan tenang. walaupun saya kurang paham apa yang mereka duk mmbebel, tapi Kedah cantik.


 


hang nak anyak nyioq dak?
baru perasan yang saya agak tade amek gambar saya pun kat gig tu. haih. cane boleh tak pasan. ini sume sebab asek duk merakam video and snap gamba orang je. oke. ramai gila orang. dari sume negeri ada, aiseh. dah macam tempat perkumpulan sume rakyat malaysia. ohOo~ tapi tak banyak booth indie cloothes. cd sume da abes. ayark. jam 5~7 adalah time yang paling agak tabes. aha~

time takbes.

time bes.

bertangkiyu kat ella, wai and kawan~kawan lain. betul~betul enjOy.

*saya jumpa orang yang paling bes didunia. wah, excited ya amat.
Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ▼  2022 (2)
    • ▼  March (2)
      • Antara Buku Yang Sesuai Untuk Anak Umur 1 Tahun
      • Pengalaman Mengandung Kali Ke Dua - Part 1
  • ►  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (31)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (77)
    • ►  December (9)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ►  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes