Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Minggu lepas, sekolah saya ada buat Karnival Usahawan. Pasai sana ada gerai makan, saya pegi la, makan makan sambil tengok pertandingan Karak-Okay. Banyak jugak lah gerai gerai yang duk ada dan saya jumpa buku ni. Tapi rugi betul tak beli buku tu.
Hai. Sekarang saya berada di Taman Bukit Dahlia. Taman Bukit Dahlia mana? Haa.. itu korang kena pikir sendiri. Walaupun hari ni adalah hari ahad, tapi dia punya bosan mengalahkan hari jumaat. Okay, saya merasakan hari jumaat adalah bosan kerana suasana pada hari jumaat tend to be sunyi dan kebiasaannya hari jumaat saya akan tido sebab bosan dan sebab mengantuk tahap gaban memandang hari jumaat kena bangun awal pagi. 

Berbalik kepada hari Ahad, Cerita kat TV hari ni pun dah macam takda cerita lain nak tayang. Hampeh. Hoi, tayang la cite Detektif Conan lagi hoi!! Dalam kebosanan di kala ahad, saya ada baca blog wo de jie jie. Shi, ta shi wo de jie jie. Hahaha. Bila baca dia punya entri, sepantas cahaya, saya rasa nak pegi bersenam jugak. Tapi, kalau saya ajak kawan saya pegi jogging kompem kena gelak. Hampeh. Seingat saya, sepanjang saya belajar kat sini. Sekali je saya turun jogging petang petang. Itu pun, tak sampai 15minit, hujan turun dengan lebat lebat lebatnya. 

Okay, walau saya adalah sangat kurus tapi tak salah kalau nak jogging. Pasai jogging bukan untuk kurus saja, tapi untuk jaga jantung. Walaupun haritu dah pegi check, kolestrol saya normal. tapi still kena jaga kesihatan dari muda. Tapi, satu perkara yang buat saya paling malas nak jogging adalah, bila kala sang gadis duk jogging, maka kompem akan ada sang jantan yang biol akan tengok dan duk suwit suwit. kalau takat suwit, gua boleh terima beb. ini kalau dah tengok pastu sambil melucah, memang rasa nak sumbat kasut dalam mulut mamat tu.

Oleh itu, saya prefer kalau jogging dalam gym macam dalam entri beliau ni. walau tertutup tapi jauh dari perasaan amarah terhadap jantan biol.Tapi, dulu kat hostel memang ada gym. tapi tak pernah nak pegi. pasai takda geng. hahaha. Okay, sekian terima kasih. Nyot, jom jogging. Hahaha!!
Okai, memandangkan kali ni saya menggunakan servis internet secara berbayar dan agak mahal kalau dibandingkan dengan yang dulu, makanya harus mengupdate blog dengan kadar yang kerap. Tapi tak boleh kerap sangat pasai saya seorang yang bizi. Bizines women. Kalau diikutkan sejarah hidup saya, last week saya pegi Muo. Kawan saya bertunang, Si Nyot. Si Nyot ni satu kelas dengan saya sejak saya sambung belaja kat Batu Pahat ni. Beliau seorang minah rempit tapi bila malam datang, takut naik moto. dan Rasanya sepanjang proses pembelajaran kat sini, baru sekali dia pakai baju kurung. tapi itu pun saya tak pernah tengok rasanya. Ke pernah? Nyot, pernah ke? Kah kah kah

 

Si Nyot, tayang cincin couple. Yang sebelah tu available lagi. Jadinya, semoga panjang jodoh, dan cepat cepat ke jinjang pelamin. Kawin kang jangan lupa ajak. dan harap bersabar. Dan beliau bertunang dengan orang sarawak. Dan rupanya adat kat serawak, kalau bertunang akan dapat sijil. Sijil Pertunangan, bukan Sijil Penyertaan. Macam pelik, tapi dah adat kat sana. Kot sapa nak sijil pertunangan, boleh lah bertunang dengan sarawakian. Justeru itu, Si Available bawak kami mengenal Muo memandangkan beliau turut merupakan seorang Muorian (??). Tapi, tak tau apa nama tempat ni. Tanjung kot? Tah. Tapi dia lupa bawak kami pegi tempat yang ada monyet. Maknanya lepas ni nak kena pegi Muo lagi le. Kih kih kih

 
 

 


Kenapa gamba kami lagi banyak dari gamba orang yang bertunang? Sebab, dia dah bertunang.
Tadi malam, tiba tiba ada lipan besau masuk dalam bilik saya. Mana dia datang pun tak tau, salam takda bagi, ketuk pintu pun takde. tau tau je dah melulu laju ke arah saya. Dengan pantas, saya amek selimut. tutup. dan cepat cepat tinggalkan laptop, amek kunci pintu, handpon dan beg. terus keluar rumah. tapi kenapa saya pegi talipon kawan saya, Si Nyotnyot yang baru lepas bertunang tadi petang yang kat Muo sana nun? Bukan nya talipon kawan saya yang hanya sekangkang kera dari rumah saya ini? adoiyaa puunn.. 

Okay, saya talipon kawan pasai saya memang kurang berani dengan haiwan spesis geli geli, banyak kaki... huiihhh.... dan saya berterima kasih dengan kak long, pasai sanggup datang ke rumah saya. untuk membunuh lipan tersebut. Tiba tiba rasa macam teruk bebenau, hanya kerana sekor lipan. saya dah menyusahkan orang lain. tapi.. geli.. Oh ya, Selamat Bertunang kepada Si Nyotnyot. Semoga, panjang jodoh dan kawin lah cepat cepat. dan kepada lipan, inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. eh, tadi saya ada jawab test entrepreneur ke? test entrepreneur yang tah hape hape je tu? yang tanya soalan pasai financial, product cost, business entity.. huh?

Tadi fesbuking, tengok Kikuri tag notes pasai ni. Jadi nya, macam teringin mau buat, campur dengan bosan jugak nih. Dari tadi mengadap buku, kang ada yg sawan buku. Jadi nya, here we go!

1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.

2. For each question, press the next button to get your answer.

3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.

4. Tag friends. (tag me too)

5. Everyone tagged has to do the same thing.

6. Have Fun!


1) IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?

Unintended - Muse

2) WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?

Breakaway - Kelly Clarkson.

3) HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?

Oh Mandy - The Spinto Band

4) WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?

Behind Blue Eyes - Limp Bizkit (Blue Eyes only. Kih kih kih)

5) HOW DO YOU FEEL TODAY?

Heaven Help Us- My Chemical Romance

6) WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?

Lying Is The Most Fun a Girl Can Have Without Taking Her Clothes Off - Panic! At The Disco. (Pehh...)

7) WHAT'S YOUR MOTTO?

If You Only Knew - Gil ft The Moffatts ( nostalgia sungguh...)

8) WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?

I'll Be There For U - The Moffatts (Nostalgia juak...)

9) WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?

Stand By Me - Shinee

10) WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?

Lonely Day - System Of A Down ( lonely day... T.T)

11) WHAT IS 2 + 2?

La La Land - Demi Lovato

12) WHAT DO YOU THINK OF YOUR EX BOY/GIRL/BEST FRIEND?

Dirty Little Secret - The All American Rejects ( i'll keep u my dirty little secret.. lalalala..)

13) WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?

Thing i'll Never Say - Avril Lavigne. (kah kah kah.. pandai pulok Media Player nih menjawab.)

14) WHAT IS YOUR LIFE STORY?

Where is the Love - Black Eyed Peas ft Justin Timberlake (searching for love? cess.. sekolah tak abes lagi. huh!)

15) WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?

Harmonia - OST Naruto ( When I grow up.. I wanna be famous, I wanna be a star, I wanna be in movies)

16) WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?

Mockingbird - Eminem

17) WHAT WILL YOU DO AT YOUR WEDDING?

Aizdean - Hadiah ( Apa yg hadiah pun tak tau, satu patah pun tak paham. Lagu jepun, tajuk BM. Malaysian. Terbaik ah Din!)

18) WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR WEDDING?

When Its Over - Sugar Ray

19) WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??

Soldier Side - System Of A Down

20) WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?

Mama Do - Pixie Lott ( Mak saya garang, kalau degil.. huhuhu)

21) WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?

Love - CN Blue :))

22) WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?

Lovebug - Jonas

23) WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?

Summer Boy - Lady Gaga (Hai Summer Boy, Summer Girl? HAHAHA)

24) WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?

When I look At You - Miley Cyrus ( jangan macam macam sama wa...)

25) WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?

Last of The American Girl - Green Day

26) WHAT MAKES YOU LAUGH?

She's Like Heroin - System Of A Down

27) WHAT MAKES YOU CRY?

Dead On Arrival - Fall Out Boy

28) WILL YOU EVER GET MARRIED?

Analyse - The Cranberries ( kah kah kah... Cuba la analyse wehh.. Hahaha)

29) WHAT SCARES YOU THE MOST?

Letterbomb - Green Day ( Should be Allahu by Raihan.. huhu)

30) DOES ANYONE LIKE YOU?

Boys and Girl - Pixie Lott (Pehh.. Media Player aku ni spesis bijok rupanya...)

31) IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?

Fighting Dreamer - OST Naruto ( Yep.. I love anime. huhuhu)

32) WHAT HURTS RIGHT NOW?

Even in Death - Evanescence (insaf....)

33) WHAT WOULD YOU WANT TO SAY TO THE PERSON WHO TAGGED YOU?

Back to the start - Lily Allen ( Back to the start, Kikuri! hehe. )

34) WHAT WILL YOU NAME THIS NOTE?

10 Minutes - Lee Hyori (its only took 10 minutes to answer all of this..)

Hah.. dah la tu, sambung setadi pulok!

Tet Tet Tet.. (Bunyi mesej masuk) 

"Macam mana nak goreng ayam yang beku? full description pls!"

Tunggu la cair dulu ngok!

"Kunyit macam mana. eh, ayam simpan kat mana?"

Bila mak patah tangan, baru lah tau langit tu tinggi ke rendah, ye dok? Buat anak anak lelaki kat luar sana. Kalau setakat belajar masak, takkan buat korang jadi dayus. Apa lagi jadi Auwww...
Satu petang yg hening di satu pasaraya.

"Adik, mari. Cuba megi baru kami. Takda ajinamoto. Takda lemak. Bagus ni."

"oh. takda ajinamoto, takda lemak. macam pelik je. Megi bukan ke kaya dengan ajinamoto dan lemak. Takda ajinamoto, lemak. bukan megi namanya."

"ini megi baru punya, try lah. Ramai yg dah beli ni. Sedap dik."

"err.. ni perisa apa kak?"

"untuk try, kami buat perisa ayam ja."

"alah, saya tak suka perisa ayam, buat perisa lain buleh tak? Tomiyam ke. Baru lah sedap"

"adik nak beli ke?"

"Taknak. tapi saya nak makan yg akak duk cedok cedok tu. Saya lapar." 

...............................................................................................................................................................

Terima kasih kepada akak megi, kerana sudi membelanja saya satu mangkuk kecik penuh dengan megi. Akak telah menyelamatkan saya, dari mati akibat kelaparan. Lain kali, saya beli megi akak ya.
Tarikh : 28 11 09. Malas nak tulis banyak, yang pasti bukan saya.
   



 



 

 


Selamat Bertunang, Kakya dan Abang Bob. Tak sabaq tunggu tahun depan. dan Abang Bob, anda lagi selangkah ke alam Keluarga Zulkifli. Welcome!
Seminggu ini saya agak bizi, kali ini saya betul betul bizi punya. Tak buat buat bizi macam selalu. Sekarang saya bizi mencari rezeki untuk memberi nafkah kepada diri sendiri. Sepanjang seminggu saya sebagai cashier, cashier disebuah pasaraya yang tak ada di pantai timur. Jadi, banyak benda yang saya tak tau tapi terpaksa amik tau. Tapi ada best nya juga jadi cashier ni ; 

 1. Dapat bertemu dengan ramai orang, terutamanya mereka yang Handsome. Lagi best kalau buleh beramah mesra bersama mereka dan bertukar senyuman. Ini ibarat, 

"Awak beli barang kat pasaraya ni, percuma satu senyuman dari saya," 

2. Dapat belajar bahasa baru, bahasa bangla contoh nya. Saya dapat tahu orang bangla, panggil straw sebagai paip.

"itu paip, mana ada?"
"paip? paip air?"
"Ya, paip itu buat minum air. Mana ada?" 

3. Dapat belajar cara berkomunikasi dengan mereka yang tak paham melayu iaitu dengan menggunakan bahasa isyarat. Buat bentuk petak, untuk minta kad ahli. Senyum, untuk minta wang.

4. Dapat memberi ajaran sesat kepada customer. Contohnya, bagi arah jalan yang salah. Cara penggunaan yang salah, kelebihan kad pasaraya dan sebagainya. Macam biasa, bila menjawab mesti dengan rupa yang penuh yakin. Ini adalah untuk menduga customer, sama ada senang ditipu atau tidak. 

5. Dapat menjalankan kempen Katakan Tak Nak pada rokok dengan sendiri. Contoh nya, bila customer tanya ada jual rokok ke tak, sepantas kilat jawap "Takda." dengan rupa penuh yakin. Walau kaunter rokok, sebelah kaunter anda. 

6. Dapat kenal jenis perangai orang. Orang lelaki contoh nya, lelaki yang baik akan pegang duit dihujung duit bila hulur duit mahupun bila amek duit baki. Lelaki biasa, pegang duit dengan ngam ngam, dengan biasa, amek duit baki pun biasa aje. Lelaki gatal, sengaja buat terpegang tangan cashier bila amek duit baki sambil senyum gatal. Orang berbudi bahasa budaya kita, akan hulur duit dengan baik baik. Orang kerek, akan bagi duit dengan gaya kerek. Kadang, main baling duit.
Satu moment, di kedai perompak, di selatan Malaysia.

"Bang, ni kira macam mana?"

"Satu, Empat ringgit."

"Clear tak ni?"

"Clear bang. Kalau tak clear jugak, abang lap screen tivi. Kompem clear." 

 Ceh, konon lawak. Dah la perompak. Eh, saya tak beli. Abang tu yang beli.
 
 buleh kelik pada gamba untuk lebih clean and clear.
"Oit. Aku bosan la kat umah, ko ada cite yang bes bes tak? Pinjam weh"

" Ada tapi yang dah lama la."

"Cite apa? takpa, meh aku tengok dulu. Kot aku tak tengok lagi ke, lagipun aku memang bosan gilak duk kat umah ni"

"Oke oke, jap lagi aku bagi"

"Oke, set! Kalo buleh cari cite orang yang hemsem sket, nak cuci mata kasi kilat kilat sikit. dengan perempuan yang kiyut kiyut sekali. tak kiyut tak nak"

"Kalo gitu kena tunggu aku berlakon dengan Lisa Surihani dulu la, buleh?"

"Owh. Takpa lah, baik aku tengok Wanita Hari Ini aje lah."

Terima kasih kepada sahabat sejati saya kerana telah meminjamkan DVD berupa set cerita Oggy and the Cockroaches. Saya harap hari hari saya yang akan datang lebih bahagia di samping cerita pinjam ni. T_T
Ahad lepas saya ke Plaza Angsana. untuk menjadi pom pom girl untuk group kakak saya. erm. sebenarnya menjadi tukang capture gambar saja. saya kan pendiam, mana ada bakat nak jadi pom pom girl nih. eheh! hari itu ada pertandingan senamrobik, hip hop, lompat tali, steprobik dengan fitball, arr.. lebih kurang macam tu la kot namanya. sedikit lupa dengan nama kategori. anjuran belia johor la kot, yang ni pun lupa juga. ada slogan, yang ni pun saya lupa ugak. aiseh! keja saya cuma amik gambar dan rakam video dorang duk melompat lompat atas stage.

kadang kadang ada juga yang bosan, tapi untuk hip hop memang bes. sebab ada group geng budak cina, macam biasa lah. dorang punya hip hop memang hip dan hop. kalau buat gaya ala ala rihanna buleh dapat markah lebih. tapi kalau melayu buat kena tolak markah. untuk kategori steprobik, dalam banyak banyak group ada satu saja group lelaki yang masuk dan group dorang la yang menang. mana tak menang nya, dorang guna lagu naruto. group lain sume guna lagu pussycat doll, madona, britni spies. itu belum masuk untuk kategori senamrobik, dorang buleh guna lagu go go power rangers. betul betul dasat lah taste orang laki ni. sejurus habis pertandingan, saya bersama geng group kakak saya menuju ke Jusco Tebrau. masing masing mau tengok cite Jangan Pandang Belakang Congkak. keadaan saya sungguh bahagia sebab semua makan minum ditanggung kakak. ha ha ha

*saya malas nak upload gambar dan video, bukan ada gambar saya pun. ho ho ho
ada sesiapa yang kaya raya yang lumpuh anggota badan? mereka yang OKU mungkin? tak kaya pun takpa. boleh cuba beli motorized wheel chair ni. hanya RM 9900 sahaja. Yang penting, buatan Malaysia. Saya dah cuba. Perjalanan nya lancar, kalau petang petang bersiar siar kat taman dengan wheelchair ni memang sungguh romantis lah. Jadi, golongan OKU dah boleh bergerak ke sana ke mari dengan selesa dan nyaman. Nak pegi beli goreng pisang kat depan tu pun dah senang.

Wheel chair ni guna motor, tapi jangan bimbang. Tade pencemaran bunyi sebab motor ni tade menghasilkan bunyi bising bila bergerak. Lain lah kalau ada yang tambah ruangan DJ kat wheelchair ni, macam yang ramai duk buat kat Motor Nouvo tu. Dia pun senang saja nak control, boleh guna joystick kat tangan belah kanan. Kalau tangan orang tu lumpuh belah kanan? Maybe boleh dirunding dengan Engineer mereka. Kasi joystick belah kiri.

Mungkin, sebab wheel chair ni pun dia buat sendiri. Tempat duduk pun selesa. Tak kematu la pendek kata. Siap ada safety belt lagi, jadi polis tak boleh nak saman la. Kalau tiba tiba ada adik adik kecil naik basikal secara berbahaya, boleh hon dia dengan tekan butang hon dia. Bunyi dia? tip top. Dah macam bunyi hon orang jual sayur guna van tu. Naik turun bukit pun boleh. Tapi bukan bukit mencuram lah. Kalau ada yang nak guna wheel chair ni pegi naik Gunung Stong, boleh tapi kalau jatuh dalam gaung jangan salah kan saya.

Kalau tiba tiba rasa nak suruh orang tolak dari belakang, boleh tekan button untuk set kan wheel chair ni kepada mode manual. Tahap kelajuan pun boleh adjust kat controller kat tangan tu. Dari tahap kura kura ke tahap arnab. Wheel chair ni guna bateri, jadi kalau bateri low, indicator bateri akan menyala. Lepas tu pandai pandai lah cas. Kalau rosak, boleh hantar kat kedai dia balik. Buat maintenance. dan yang paling bes, wheelchair ni direka dan dibuat sendiri oleh golongan OKU. Sebarang kemusykilan, boleh pegi sini

 

1245 am, 24 January 2009. saya baru sampai kat Stesen Keretapi Ipoh. makna nya, sekarang saya kat Ipoh. bercuti di kampung teman serumah.

Selasa petang baru bertolak balik Shah Alam. Oh ya, Selamat Tahun Baru Cina buat Chinese semua. ;)
oke. kembali menjadi ahli blog lagi. cuti semester saya start lewat iaitu 15 Disember. Saya bukan student Universiti sebab tu saya cuti lewat. tapi takpa, abes saja exam saya terus amek bus pegi Johor. saja melepakkan diri di rumah kakak. dan ahad lalu saya amek bus lagi, balik Jerteh. dan hari isnin saya pegi Kota Bharu. dan petang tadi baru balik Jerteh balik. Jerteh dan Kota Bharu dalam sejam setengah saja. Sepatutnya esok kena pegi Kedah tapi tak jadi. saya pun tak tau kenapa, tiap kali saya bercadang nak pegi Kedah. ada saja benda yang halang. memang tade jodoh dengan Kedah kot. ho ho ho~

pernah jumpa jenis jenis harga tak?

 


 


kedai perabot ni memang sempoi lah. ada lagi nama harga yang tak sempat nak di'snap'. harga tau takpe, harga masam masam manis, harga hitam, harga meletup, harga jarang ada, harga ikhlas, walaupun saya kurus tapi saya menawan, beli lah saya, harga gila bukan selalu ada, jangan ragu ragu. dan macam macam lagi lah. kreatif bukan tauke tu?
hey kamu semua. haritu saya pegi open house rumah lecturer saya. saya pun konfius sama ada perkataan open house hari raya masih logik untuk digunakan ketika rakyat india di Malaysia sibuk mandi minyak. takpa, kita abaikan saja. janji nasi kerabu dan soto kat umah beliau hari tu sungguh menggiurkan.

sepanjang pem'berada'an saya kat umah beliau, saya ada terbaca kisah asal usul nama negeri kita. dan saya yang memang baik hati ini nak berkongsi cerita walaupun kamu semua da tahu. tapi hanya segelintir negeri saja yang saya dapat kongsi. baik bukan saya neh? ahha!

Terengganu.

kisah dongeng 1: satu masa dulu, satu rombongan dari pahang datang ke terengganu untuk berburu. mereka terserempak dengan satu taring.

"hey tuan hamba, apakah namanya taring itu"
"err.. alah, taring anu.. anu, apekenama haiwan tu ya"

kemudian, mereka berburu lagi.

"wah, rusa. mana tuan hamba dapat rusa itu?"

"rusa ini hamba dapat kat tempat taring anu tadi"

bila disebut sebanyak 43 kali, bunyi nya taring anu itu tadi da macam bunyi terengganu. maka, terlekatlah nama terengganu.

kisah dongeng 2: nama terengganu diambil sebab cahaya bulan yang terang bersinar sinar kat terengganu. dan masa tu perkataan ganu bermaksud bulan. rombongan dari kelantan berkata; "terangnya ganu kat sini"

kisah dongeng 3: nama terenkanu tertulis pada batu bersurat terengganu.

perlis. 

sebab ada pokok perlis kat sana. aha! begitu simple dan bersahaja nama negeri perlis diambil bukan? tak perlu kisah dongeng. arr.. tapi pokok perlis tu pokok apa?

perak.

kisah dongeng 1: diambil semperna nama tun bendahara perak.

kisah dongeng 2: sebab ada kilauan ikan dalam air yang berkilau macam perak.

kisah dongeng 3: hasil dari penemuan bijih timah kat perak.

pahang.

kisah dongeng 1: banyak nama yang timbul sebelum nama pahang digunapakaikan, seperti pang hang, peng heng, pang heng, pang kang, fanhan, panhang. ada yang berpendapat pahang tu bermaksud timah dalam bahasa siam asli. dulu orang siam asli melombong bijih timah kat pahang.

kisah dongeng 2: ada juga yang berkata. nama pahang diambil dari pokok kayu mahang yang jatuh merentasi antara sg pahang dengan kg kembahang. dulu, pahang dikenali dengan pahang inderapura atau pura sebelum ditakluk oleh melaka.
*bendera pahang adalah bendara yang tertua.

sarawak.

berasal dari nama batang sarawak atau sg sarawak. penemuan arkeologi telah membuktikan sarawak antara negeri terawal didiami oleh manusia di asia tenggara.

sabah.

sabah pernah dikenali dengan nama sudang dan borneo. dipercayai juga nama sabah diperolehi dari tanaman pisang yang dipanggil dengan nama pisang saba. disebabkan dialek orang kat sana, saba tu berbunyi macam sabah. maka nama sabah digunakan.

selangor.

kisah dongeng 1: nama ni muncul daripada tumbuhan paya bakau yg dipanggil dengan mentangau. pokok ni dulu dijadikan panduan oleh para pelayar sebagai panduan untuk berlayar ke selangor pada masa dulu.

kisah dongeng 2: ada pendekar yang menamakan tempat tu sebagai selangau sebab ada banyak selangau. tapi jangan tanya saya apa tu selangau. saya tatau apebenda nya selangau tu. kamu tau apa tu selangau?

tambah lagi: petang neh saya free, maka saya search dalam google.

kedah.

kisah dongeng 1: perkataan Kedah ada persamaan dengan perkataan Kadah atau Khedah yang bermaksud perangkap gajah. Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam. Kadaram bermaksud kuali besar dan kalagam pula bermaksud warna hitam.

kisah dongeng 2: Kedah dikenali sebagai Khatarai oleh pedagang-pedagang pada zaman dulu kala. 

Bangi.

Nama Bangi berkaitan dengan bau iaitu 'Wangi' dalam telo Jawa. Dulu Bukit UKM adalah sebuah hutan tebal yang dirakyati oleh orang halus. waktu senja, bau wangi akan berbau dan mak cik mak cik, kanak-kanak akan masuk ke rumah masing masing sebab orang halus tu ada dekat dekat mereka. Menurut buah mulut orang ramai, Dr Harun Din baca jampi di kawasan hutan UKM tu dan bawa orang halus tu dalam bas pegi ke hutan negeri Pahang.

*dr harun din tu sape?

johor. 

kisah dongeng 1: nama Johor diambil dari perkataan Arab "Jauhar" bermaksud "Permata Berharga". sebab dulu ramai pedagang arab yang berdagang kat johor. 

kisah dongeng 2: Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau "Gangganu" oleh orang-orang Siam yang bermaksud "Batu Permata".

*kenapa dulu saya tak dapat A1 dalam subjek sejarah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lemparan ucapan terima kasih saya buat kamu semua yang begitu mengambil berat mengenai tangan saya. wah, tangan saya sungguh terharu dengan kesungguhan kamu semua dalam bertanyakan khabar dia. tangan saya da hampir oke dan sihat sejahtera. dan saya sebagai tuan tangan juga ingin menyebarkan rasa kasih sayang saya kepada kamu semua dengan ucapan terima kasih. terimas ya!
baru perasan yang saya agak tade amek gambar saya pun kat gig tu. haih. cane boleh tak pasan. ini sume sebab asek duk merakam video and snap gamba orang je. oke. ramai gila orang. dari sume negeri ada, aiseh. dah macam tempat perkumpulan sume rakyat malaysia. ohOo~ tapi tak banyak booth indie cloothes. cd sume da abes. ayark. jam 5~7 adalah time yang paling agak tabes. aha~

time takbes.

time bes.

bertangkiyu kat ella, wai and kawan~kawan lain. betul~betul enjOy.

*saya jumpa orang yang paling bes didunia. wah, excited ya amat.
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ▼  2022 (2)
    • ▼  March (2)
      • Antara Buku Yang Sesuai Untuk Anak Umur 1 Tahun
      • Pengalaman Mengandung Kali Ke Dua - Part 1
  • ►  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (31)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (77)
    • ►  December (9)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ►  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes