Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
Tanda: 

1. Tanda2 sedang bad mood berdiam diri. makan cokelat. surf intenet dan tido. 

2. Tanda2 sedang marah moody. diam. tunjuk muka bengis. orang tegur, buat tak tau. 

3. Tanda2 sedang sinting sinting itu apa? gila ke apa? 

4. Tanda2 sedang malu buat buat seperti seorang yang penuh dengan kebodohan, atau kata lain adalah blur. 

5. Tanda2 sedang cemburu berbuat donno terhadap benda yang saya jeleskan. 

6. Tanda2 sedang sedih buat muka monyok, diam dan termenung. tido 

7. Tanda2 sedang gumbira senyum sepanjang A sampai Z dan ulang 34587 kali. 

Apa: 

1. Apa warna baju yang dipakai sekarang. belang hijau pink kuning putih 

2. Apa kamu termasuk dengan orang yang suka shopping? iya kot. bergantung pada poket dan mood. 

3. Apa kamu percaya dengan Love at first sight bergantung kepada keadaan dan orang. love at first sight ni hanya mereka yang mementingkan rupa paras semata mata 

4. apa yang kau ingin lakukan sekarang sambung menjahit. yeah, sudah hampir siap 

5. apa rasa dihati kamu saat ini rasa bahagia. 

Bila: 

1. bila pertama kali dilahirkan ke dunia 21 sepetembe 1988 at 715 am. masa sekolah dulu mak selalu wish tepat jam 715 am dan hanya 730 am baru saya akan bertolak ke sekola. ma, i love yu! 

2. bila saat terindah dalam hidup? masa tinggal dengan nenek dan atok. tapi dorang dah lama meninggal. dah lama tak rasa perasaan indah macam tu. 

3. bila kali terakhit dimarah ibubapa hurm.. ari khamis lepas, kena bebel dan marah sebab tak bayar saman lagi. tapi macam biasa, bila kena marah or bebel saya akan gelak dan cuba buat abah jadi cool. jadi abah pun dah malas nak bebel lagi. korang boleh cuba taktik ni. bagus! 

4. bila kali terakhir ehem ehem ehem? oh, tadi. tiba tiba tekak macam kering. jadi saya batuk kecik sedikit. ehem ehem ehem! 

5. bila kamu akan married? erkh. bila dah cukup duit. dan ada calon dan dah sampai seru. dan mendapat restu 

Bagaimana: 

1. bagaimana jika ada orang buat kamu sakit hati? cuba buat buat bodoh. atau buat tak tau dengan apa yang berlaku. 

2. bagaimana kalau ada orang cakap kamu lawa/hemsem? oh, nak cokelat? 

3. bagaimana jika ada teman kamu meninggalkan kamu? sedih ya amat tapi hidup harus diteruskan. 

4. bagaimana jika ada orang tak suka kamu? hahah. saya tak kesah pun. macam la sume orang suka kamu kan? lalala~~ 

5. bagaimana kalau ketika bangun, kamu dikelilingi apa? erk. cepat cepat cari something untuk hapuskan api tu. yeah!

6. bagaimana jika kamu keseorangan. saya akan cari keja untuk buat saya rasa kalut. macam menjahit atau tangkap lipas bodoh 

version II 

1. anak kunci kegunaan asal= untuk kunci rumah dan baby blue. 
kegunaan sampingan= buat alat pelindung diri. kunci saya tajam wooo..

2. penutup pen kegunaan asal= tutup mata pen la. 
kegunaan sampingan= saya tak suka guna pen yang ada penutup. sebab penutup tu selalu hilang. dan bila hilang, saya rasa macam seorang yang cacat bila guna pen tanpa penutup.

3. botol mineral kegunaan asal= simpan air masak, air neskobeng. budu ais? 
kegunaan sampingan= simpan duit syiling.

4. paper lama kegunaan asal= buat guna untuk conteng conteng 
kegunaan sampingan= buat lap meja bila ada air tumpah

5. seluar D lama kalau dah lama tu buang aje lah. mana ada kegunaan sampingan lagi. adooiiiishhh

6. lesung batu kegunaan asal= tumbuk bebawang 
kegunaan sampingan= kadang kadang saya tengok mak saya asah pisau kat situ. kadang kadang mak saya guna buat ketuk paku. sungguh kapten serbaboleh

7. langsir kegunaan asal= tutup tingkap dari disekodeng. 
kegunaan sampingan= buat lap tingkap yang kotor. hal ini hanya dibuat dirumah sewa. kalau buat kat rumah betul, mau kena sekeh dengan mak.

8. komputer pejabat kegunaan asal= buat keja pejabat la. 
kegunaan sampingan= main game pokemon. heheh! i miss biomedik. dan pokemon dan nasik kak wok.

9. duit syiling kegunaan asal= buat beli air gedegang. 
kegunaan sampingan= untuk peraduan gores dan menang

10. laman blog kegunaan asal= untuk cerita kan pendapat dan hal diri sendiri 
kegunaan sampingan= tempat lepaskan geram. heheh!
hai semua! saya sedikit kalut malut dengan hidup saya sekarang. terlalu banyak assignment nak kena buat. tapi itu bukan faktor utama kenapa saya tak update blog nih. faktor utama adalah sebab modem saya buat hal. dia dah bunuh diri dengan merosakkan diri sendiri. so, sekarang dia dah dihantar ke hospital. tapi tatau kurun ke bila baru boleh dapat balik. dan sekarang saya sedang online dengan guna modem Baizura. cikgu tarian saya, tadi petang baru dia ajar saya menari. erkh. sungguh mengerikan. perasaan seperti hampir hampir dicabul. tapi bes! bukan perasaan dicabul itu yang bes. tapi menari tu yang bes. ini sume bahana cerita Shall We Dance. dan rupa rupanya pungguk JLO tu lawa rupa nya. patut lah ramai yang nak tiru pungguk dia kan? dan saya juga sedikit kalut dengan secret projek saya. ho ho ho~~ 

pungguk = punggung
Hari sabtu begini, saya keluar ber'derak' secara berjemaah ke Zoo Negara. macam agak kolot, tapi saya suka dan yang paling penting, saya jumpa haiwan ni.

 
*sila kelik untuk buat dia lebih kelihatan hemsem

stylo gila kan rambut dia. nampak nya ada lagi yang masih dengan style rambut belah tomok Newboyz. rasa nya takperlu kot saya tayang gambar banyak banyak. sebab semua nya gambar haiwan. tak kan ada yang tak pernah tengok kambing kot. oh ya, saya tengok ramai yang macam jakun bila jumpa kambing. orang Key Ell ni tak pernah jumpa kambing ke? agak agak dorang pernah jumpa pok karung tak? jadi, saya tayang gambar ahli rombongan cik kiah saja lah. heheh!


 
oh ya, rupa rupa nya dia ni adalah cucu jiran nenek belah mak saya

   
gadis ni lawa kan dan Pakwe dia pun Hemsem ugak


 
saya memang tak lawa dan mamat tu pun tak hemsem ugak. aha!

 
di muka depan Zoo

Kamus Balai Raya: 
*berderak-bersiar siar 
*pok karung-mengkarung
hey hey hey anda di sana. dah makan? Saya dah makan, tapi secara kecil kecilan saja. Duit belum masuk. Siap lah, bila duit dah masuk. Saya nak makan secara besar besaran. 

Aza, thanks ya. Tadi saya pegi rumah dia dan makan nasi bersama sama kemudian saya amek nasi dia, buat nasi tambah. Saya terlalu lapar. Aza, takpa kan aza makan nasi sikit saja. Aza kan nak jaga badan. Kan? Kan? Kan?

Lihat entry dibawah, nampak tak saya macam bizi labah labah? ya betul, bizi dengan assignment dan pikir pasal final projek. Tapi macam sia sia saja hasil pemikiran kreatif dan kritis saya. Saya paling tak suka hasil penat lelah dan semput saya tak dihargai, dan lain kali, henpon tu simpan dalam beg henpon yang berpenutup bermagnet kaler hitam kat pinggang tu saja. Dan buat meset dengan Ex Gelfren ya? Baca betul betul, ada itonasi marah di situ.

Saya ingat kan boleh bersuka ria di hari Thaipusam. Tapi hampeh. Nak bermanja dengan mak pun tak boleh, Nak masak dengan penuh kasih sayang pun tak boleh. Ingat saya tak reti masak ke? heh!

Sambil masak sambil buat assignment. Nasib tak tumpah Budu kat laptop. Biasa lah, perempuan kan super-wonder-women. boleh buat dua keja dalam satu masa. Sini pula itonasi sedikit riak. Heheh!

Oke oke, cukup dengan gambaran kesibukan saya dalam bidang pelajaran. Sekarang saya sibuk dalam bidang perhubungan antara sesama manusia pula. Saya berada dalam keadaan pertengahan. Atau dari segi kimia nya, neutral. atau dari segi peribahasa pula, diluah mati mak, ditelan mati bapak. Eh, macam tu ke peribahasa tu? Saya kurang reti.

Apa nak buat, bila ada yang datang merayu sambil menangis dan minta kita terima dia. Wujud perasaan serba salah di situ. Sedangkan kita sudah ada yang lain. Yang sememangnya dari dulu lagi bersama dan sudah berjanji manis. Saya tak nak terima orang tu, tapi saya kesian kan dia. Tapi kalau saya terima nanti saya juga yang makan hati. Lagi pula, saya kan dah ada yang lain. Dan, dia pun tau keadaan saya yang sudah ada yang lain. Malahan, orang tu siap dah slow talk lagi dengan dia tu. Nak minta saya. Hurmmm. Dan dia serah kan semua nya kepada saya. Dia minta saya buat pilihan sendiri. Agak pening kan cerita ni? Masalah ni dah agak selesai. tapi saya masih lagi ragu ragu. betul ke tak tindakan saya tu. Macam mana nak hilang kan rasa serba salah ni ya? 

*ini bukan kisah cinta ya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tiba tiba pula kena tag. tapi tag ni macam kurang sesuai untuk saya, tapi takpa. untuk Ely, i do it for you bebeh!

1. How old are you?
21 tahun. Sekarang saya lagi prefer bitau saya 21 tahun. kasi nampak matured sikit. dah bosan la dengan ayat "adik sekolah form berapa ya?" atau "ini cerita mesti 18 tahun ke atas, boleh tengok mykad?" atau " oh, saya ingat kan awak semester satu". cess!!

2.Are you single?
yup. single. bukan singlet.

3.At what age do you think you'll get married?
arr.. bila saja saya dah sedia lah. nak kawin ni susah woo. dah la mahal, set pelamin yang paling simple pun dah 3 ribu. hahaha. dan saya tak nak kawin dengan mengharapkan bantuan family dan bakal suami saya saja.

4.Do you think you'll marrying the person you are with now?
sekarang saya dengan teman sebilik saya, mana boleh kawin sesama jantina.

5.If not, who do you want to marry?
dengan jodoh saya lah.

6.Who will be your bridesmaid & bestman?
saya nak tempah Dato' siti jadi tukang kipas saya. agak agak dapat tak?

7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?
erkh. apa pun tak pikir. sekarang saya tengah pikir kat mana nak beli Motor power window paling murah. dan boleh ke guna motor power window. larat ke dia nak angkat menda alah ni. hurmm..

8.Where do you plan to go on honeymoon?
saya takut nak pikir. lalalala~~

9.How many guests do you think you'll invite?
nanti saya akan buat peraduan gores dan menang.dan sapa yang menang, boleh datang makan kat rumah saya, bawak kupon tu sekali. nanti boleh dapat hadiah misteri.

10.Will that include your exes?
itu pun kalau dia menang peraduan gores dan menang tu.

11.How many layers of cake do you want?
saya nak kek bentuk macam KLCC, berapa layer ye perlu ada? tak pun kek macam menara condong. saya nak dia condong dalam 30 darjah.

12.When do you want to get married, morning or evening?
pagi kot. udara segar pagi sekali. orang kata cuaca panas pagi elok untuk kulit. amek vitamin untuk kulit sebelum akad nikah.

13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding:
lagu banduan penjara yang hot.

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
patut amalkan amalan adab makan melayu. makan guna tangan kanan. siku tak boleh atas meja. jangan termenung depan makan, tak boleh bercakap masa makan.

15.Champagne or red wine?
budu ais. boleh tak?

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
bila keadaan mengizinkan. macam anak mak cik *ah tu, lepas kawin seminggu terus kena masuk keja. tak pegi honeymoon lagi la tu. hahahah!!

17.Money or household items?
dua dua pun boleh.

18.How many kids would you like to have?
erk. saya pun kurang pasti kalau yang tu. tapi yang pasti anak kucing dalam lima enam ekor macam tu la. wah wah wah

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
boleh jugak. record gambar gambar romantis berdarah kami aje la. nak lagi up, video berkejar kejaran ditepi pantai kot. tapi mesti gambar saya aje yang ada, dia tukang amek gambar saja.

20. Whose wedding plan would you like to know next 
asna cute. dan kak yanie dan kak hanie. *sowe ely, agak main main sedikit menjawab nya. keadaan macam ni hanya berlaku bila tiada cinta dalam hati. cheeewaaaahhhh~~~
saya busy macam semut. kalut ribut ke sana ke sini.

saya busy macam kucing, fokus menjilat kaki bebulu.

saya busy macam labah labah. tak cukup tangan nak kait web.

saya dengan sepaidemeng sama sama busy. tapi saya bukan sepaidewumeng.
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ▼  2022 (2)
    • ▼  March (2)
      • Antara Buku Yang Sesuai Untuk Anak Umur 1 Tahun
      • Pengalaman Mengandung Kali Ke Dua - Part 1
  • ►  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (31)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (77)
    • ►  December (9)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ►  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes