Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
Selamat Hari Guru kepada semua cikgu saya terutamanya; Puan Rubiah. Beliau adalah cikgu KH saya yang terbaik sebab beliau yang memilih papan kayu, memotong dan memaku papan kayu sehingga menjadi satu rak buku untuk projek KH saya. Sungguh saya tak reti nak bertukang apa lagi nak menjahit. tapi untuk projek menjahit, saya serahkan tugas menjahit tu sepenuhnya kepada kawan saya, Puan Murni. Ya, puan. dia sudah berkahwin 2 tahun lepas. Muda muda dah jadi Puan. bagus betul.

Cikgu Ramli. ini cikgu feberet saya masa form 5. dulu, bila tade cikgu dalam kelas, saya akan merayap ke bilik encik ramli dan berbual bual. Kadang kadang, kami akan berbual sambil makan buah rambutan. cikgu Ramli sungguh kewl~

Cikgu Ramli Amin ini juga cikgu feberet saya sebab dia jarang sekali masuk kelas apatah lagi bagi kerja sekolah. Bila beliau masuk kelas, biasanya topik yang diajar nya adalah kes salahlaku pelajar dan berita hot di sekolah masa itu, sebab beliau adalah penolong kanan sekolah. kadang kadang, hal anakberanak beliau pun boleh dijadikan bahan pengajaran jugak. Jadi, kalau ada kes disekolah, biasanya saya tak perlu mengorek cerita dari budak kelas lain, saya cuma tunggu waktu kelas encik ramli (itu pun kalau dia masuk lah). mungkin sebab itu juga lah saya dapat C untuk subjek Fizik. bila tade kelas, saya juga gemar ke bilik encik ramli. sebab bilik dia ada air cond. dan bersebelahan dengan bilik pengetua.

Arwah Cikgu Siti Hajar, beliau telah meninggal awal tahun ini, agaknya. saya sudah lupa, bukan nyanyuk. akibat penyakit yang dialaminya, Leukimia. Nasib saya ada bertemu dengan beliau sebelum beliau meninggal. Kami bertemu semasa saya berpraktikal di HUSM, kelantan dan beliau dalam perjalanan ke ward untuk proses kimoterapi. beliau sungguh baik dan muda. dia tak pernah serik mengajar kami walaupun kami sungguh bengap dalam matematik tambahan. dan dia juga sering suruh saya tido bila penyakit gastrik saya datang lagi. alfatihah untuk beliau. 

dan Teacher Kikuri. ha ha ha
Malas nak cakap banyak, tengok kat sebelah kanan page ni. Nampak? Oke, tu jadual exam saya. Tapi apa pun saya tak ready lagi. Agak risau tapi malas nak pikir. Sebab saya bukan pengejar pointer 4.00. Kawan saya kata pengejar 4.00 ni biasanya tade life. Asyik mengadap buku 24/7. Kalau ada test, 4 hari sebelum tu dah tido berpelukan dengan buku. Lepas tu, kalu risau down, boleh jadi gila. Walaupun result hanya turun 0.01. Lepas tu semua benda nak lebih dari orang. Ada betul juga cakap kawan saya tu. ha ha ha 

Oh ya, esok saya nak ke PWTC untuk karnival kerjaya. Harap tak ramai orang yang pegi, sebab saya tak nak bersesak sesak dengan orang ramai. Korang yang lain, pegi hari sabtu atau ahad je. tak yah pegi esok. oke? *orang kata, sekarang keja tak buleh memilih. buleh dok saya apply keja engineer esok. saya tak memilih pun, kan?
Sedikit wajah wajah taik cicak pada Malam Pra Graduan hari tu. Gambar banyak lagi tak amek dengan kawan kawan lain. Apa pun, semua gambar maybe sepesen aje. sengih macam tu jugak. Hah, tengok lah.

   
budak sebilik saya. malang buat si jejaka, dua dua dah berpunya. 

 
gambar paling hot! 

   

   

   

   

   
ini ayuni. nak berkenalan boleh view blog beliau.

   
Ajaa nampak bahagia malam tu. ahaa~

   
ini lah encik Roshidi yang cool itu! ha ha ha

 



 
 cukup cukup lah tu.
Selamat Hari Ibu kepada Pn. Siti Fatimah Salleh yang cantik. Semoga kekal cantik dan sihat. Siti Farhanah terlalu amat sayang kan ma. nanti lepas abes belaja, saya teman ma pegi mengaji dan jalan jalan lagi ya :) dan juga Siti Faizura, walaupun dia dah ada pakwe baru dan nak kawin, Ma tetap nombor 1. 

Sama juga dengan Mohd Faizul, walaupun dia jarang balik, tapi saya tau. dia sayang dan sentiasa ingat Ma. Lihat, dia carikan calon menantu seorang nurse sebab takde sape yang nak jadi nurse dan doktor dalam kami 5 beradik. hu hu~

dan juga Mohd Fahmi. dia pernah bagitau kat saya yang jarang talifon tak semestinya dia tak ingat Ma. Kata nya lagi, itu memang style dia. ceh, apa yang style pun saya tak tau. Padahal kedekut kredit. lalalalalaa~~

Mohd Fakhri, mulut dia memang takleh makan saman. tapi itu yang buat Ma happy kan? Apa pun, kami semua sayang kan Ma seratus peratus. Ma adalah SuperHeroin kami. Wonderwomen kami. Kalau saya ada kuasa, saya akan betulkan hidup kita seperti mana yang ma mahu. Tapi, kita di bumi nyata. mana ada kuasa macam tu. lain lah dalam dunia katun imaginasi dalam nota Imaging saya. Semua benda boleh jadi. 

Nanti kita pergi umrah sama sama ya. Tak aci betul, adik saja yang pegi kali ni. terpaksa saya merempat kat Johor sementara. hu hu hu

*kenapa saya rasa macam jiwang aje nih. ah, saya memang anak mak. tapi bukan anak manja. dan lembik.
Oh hai? Lama sungguh dok update kan? selepas kena santau dengan encikbuta. Saya memang tade masa nok menaip naip kat blog nih. Encikbuta, gua bukan mengata lu, gua cuma kata saja. ho ho ho 

Dalam seminggu ni saya bizi dengan panjang lebarnya. Macam biasa lah, bizi dalam sektor pengajian. Hujung hujung sem macam ni pun lecturer nak bagi dengan tugasan + kuiz + ujian lagi. Budak budak sekolah kalau dah hujung tahun, dah boleh bawak batu buat main batu seremban kat sekolah. 

Itu baru sektor pengajian, belum sektor pengurusan diri. Belum campur dengan masa nak makan minum, semayang, mandi, basuh baju, check email, tengok cerita, main game. Gosok gigi. Nak isi minyak motor. Oh ya, aritu skru kat no plat moto saya kena curi. Apa punya hampeh la pencuri tu. Skru pun nak curi. Kalo skru pun tak mampu nak beli, tak yah la bawak motor. haih. Ini lah yang paling nombor satu saya tak suka berada di sini. Eh, skru free aje lah. Pegi la mintak kat kedai. Yih! Rasa macam nak pasang CCTV aje kat baby blue. 

dan next week saya dah mula final. Betul betul risau sekarang ni, memandangkan jadual sungguh la tak berhati perut, 4 paper direct dalam 1 minggu. Subjek pulak tough. Kalau subjek macam kat tadika, main sambung titik jadikan huruf takpa gak. haih! 

Apa pun, malam ni Malam Pra Graduan untuk budak sekolah saya. Bertempat di kelab golf kat sini. Nanti sambil makan sambil main golf kot. Malam ni jugak semua orang termasuk saya akan bertemakan taik cicak, yaitu hitam putih. Apa pun, gambar tu akan saya pikirkan sama ada nak upload ke tak. Agak agak kalau saya paling hot malam tu baru saya upload. buleh? Minggu depan jugak ada karnival kerjaya kat PWTC, mungkin saya akan kesana. dengar kata ada interview keja sekali. Wah, dah besar rupa saya nih. Dah start cari keja. ho ho ho. tapi saya bukan makcik lagi.
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ▼  2022 (2)
    • ▼  March (2)
      • Antara Buku Yang Sesuai Untuk Anak Umur 1 Tahun
      • Pengalaman Mengandung Kali Ke Dua - Part 1
  • ►  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (31)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (77)
    • ►  December (9)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ►  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes