Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
Gua tak suka budak Poli gua dulu. Sebab kebanyakannya dah mengada, konon dah jadi student U. Yelah, dulu student poli je. Sekarang dah over excited sebab dapat jadi student u. Bila makcik makcik tanya, buleh jawap dengan bangga. "Saya belajar kat Universiti". Kalau dulu, bila makcik makcik tanya, nak jawap pun nak taknak je takpun jawap "Saya belajar kat poli Jerrr".

Bila jumpa kawan sePoli dulu, buat tak tau aje. Terserempak dalam toilet pun buat tak tau je. Bukan gua nak suruh tolong basuhkan baju gua pun. Gua nak mintak sabun sikit je pun. Ehhhh.

Gua tak bawak kerete, jadi nya takda la budak sePoli gua yg nak buat buat baik dan menyendeng kat gua. Buat baik dengan gua pun, gua tak buleh nak tumpangkan dorang ke kelas mahupun ke bandar. Paling tip top, gua buleh ajak dorang naik bus sesama pegi kelas. Dan balik kelas, dengan jalan kaki. Kalau buleh, agak nya Kad pelajar pun dorang nak amek gamba dan letak kat fesbuk. Buat primary photo lepas tu tag semua orang dalam friend list. Gua, simpan dalam beg. Tak pakai pakai sejak hari pendaftaran, sebab gamba gua tak lawa. Eh, gua memang tak lawa.gitu.

Gua, rilek je. U ke Poli ke. Janji kat situ ada makanan sedap dan murah. Kat poli dulu, makanan mahal. Sini murah. itu yg gua amat suka. Sekali makan, tak sampai Rm4.00 dah buleh buat gua hapi go lucky. Pegi kelas pun sambil menguap, tak payah nak control cun dan hebat. Lagi pun gua tak aim mana mana lelaki yang bawak kerete yg buleh gua harapkan menjadi Pakwe gua. Pendek kata gua tak bergantung harap pada harta orang, sama ada kawan atau lelaki. Lagi pendek, gua tak materialistik. Macam budak tuuuuuuuu. Dah la. Gua tengah bad mood ni. Rasa macam nak simbah air sirap kat bilik budak budak tu je.
Tadi, ada perjumpaan antara pengetua dengan pengemuda. Of koz la saya si pengemuda nya dan dia pengetua. Dalam banyak banyak banyak banyak banyak yang dia bebelkan. Satu aje yang saya ingat dan amek endah. Kalau buleh nak salin, tampal kat dinding, buat rujukan masa hadapan.

Yaitu, cara cara mendapatkan jodoh. Disini, saya taknak berkongsi dengan awak awak awak awak dan awak semua. Dia kata, dah nak dekat akhir semester baru buleh praktik. Sekarang tak buleh. Kang esok nanti ada yang dah kawin, menurut beliau.

Serasa saya, sekolah ni takda lah besaq tapi memang buleh tercabut lah lutut kalau berjalan dari pintu pagar depan sampai pintu pagar belakang. Kalau tak tercabut pun, maybe otot otot kaki akan mula membesar dan Kaki akan nampak tough. Mesti hebat kan? Masa tu, Malik Nur dan Si Polis tu dapat merasakan mereka bakal mendapat saingan hebat dari saya.

Susunan kelas dengan Bangunan pun memang boleh menyesatkan. dan memang dah sesat pun. Maybe dorang perlu kasi satu GPS free kepada student baru macam saya. Kat dalam hostel pun buleh sesat jugak. Nyaris menangis sebab tak jumpa bilik lepas pegi bergosip kat bilik kawan. Nasib toilet sebelah bilik aje. Jadi nya, memang takkan ada kes sesat ke toilet lalu terkencing dalam kain. Yang paling tip and top, makanan. Murah. Ada sesetengah nya mencapai tahap 'Gila Murah Siot!'. I loike!
Malam ni, last saya buleh tido dengan katil yang agak empuk tilam nya. Dengan bantal golek yang sedap sedap buat peluk. Dengan Selimut yg wangi dan tebal. Sambil dihala dengan kipas yang kurang mengenang jasa. Selalu aje buat hal. Mengada.

Malam ni juga, malam last nyamuk nyamuk kebal ridsect buleh hisap darah muda saya. Nyamuk zaman sekarang, kasi mandi dengan ridsect pun belum tentu mati. Siap buleh buat aksi renang berirama sekali, kot. Apalagi kalau setakat sembur aje, bersin gitu je kot dorang tu. Huh!

Malam ni juga lagi sekali, last saya buleh main lumba lari dengan kucing saya. Lepas ni mesti rindu gilak. Lepas tu, bila saya balik rumah balik. Dorang dah tak kenal saya. Ceh. Macam budak budak la kome nih. 

Apa pun, I'm gonna miss kome sume! Esok, lusa. Dah tak buleh nak bersenang lenang lagi. Dah tak buleh bangun lewat. Pasai awal awal pagi esok, saya akan bertolak ke Melaka. Seawal mana tu saya tak pasti. Bagi saya, jam 11 pagi pun kira awal jugak. Melaka, pegi rumah makcik aje. Bukan pegi jalan jalan naik beca yg supermahal tu. Pasai lusa nya pulak, bertolak ke Batu Pahat. Saya tak pernah ke Batu Pahat. Kawan saya kata, kat sana ada patung orang sedang memahat batu. Comel ke tak, tak tau lah. Betul betul wujud ke tak, saya pun tak tau.
Hari ni genap 20 Disember 2009. Genap adik saya berumur 16 tahun. Walau tahun depan dah masuk form 5. Tapi dia baru masuk 16 tahun. Jadi nya, dia baru buleh daftar nama untuk amek lesen motor. Kawan dia yang lain dah dapat lesen sebab kawan dia lahir awal tahun.

Haha. Apa pun, Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran kali ke 16. Moga lebih matang bila kena marah dengan mak abah, jangan cepat merajuk kalau takdapat apa yang diinginkan. Jangan selalu main game sampai hang komputer. Jangan selalu pow kakak kakak, asyik mintak aiskerim dengan mister potato aje. dan Rajin rajin lah kedapur.

Apa cerita kalau dah hidup 16 tahun tapi piring pun tak kenal. dan, jadi anak yang soleh dan adik yg baik. Okai, Selamat Hari Jadi Dik, I Love You! ;p


 
*konon
Awak, awak ingat stailo sangat ke kalau bawak motor sambil menyenggeng dengan kelajuan sama macam kekura mengejar siput babie. Awak nak saing kekura tu ke apa?. Awak tau tak saya tak suka orang lembab cenggitu kat tengah jalan raya? Saya rock, apa barang bawak motor macam nak cari rumah sewa sambil sedut-hembus asap rokok yang awak tak mampu nak beli sekotak pun.

Saya nak cepat, pegi gerai makcik yang jual goreng pisang tu cepat cepat. Sebelum habis. Makcik pun satu. Belum jam 5, goreng pisang dah habis. Makcik jual goreng pisang ikut opis hour ke apa?

Yang awak duk sengih sengih sambil suit suit orang perempuan yg lalu lalang kat tepi jalan tu kenapa? Awak ingat awak hemsem sangat ke nak suit suit orang dengan mulut yang berbau asap rokok tu? Dengan helmet tu mungkin awak nampak hemsem, cuba bukak helmet tengok. Abang Harun Salim Bachik lagi hemsem laaahhh.

Mesti lah saya hangin, pasai awak dah menghalang saya dari bertindak aktif dan pantas di tengah jalan. Saya nak potong awak pun tak buleh pasai awak perasan awak bawak motorboat, bawak sampai ke tengah. Bila saya dekat, awak perasan saya nak tekel awak. Hak tuih lah awak ni. Sekeh kang.
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ▼  2022 (2)
    • ▼  March (2)
      • Antara Buku Yang Sesuai Untuk Anak Umur 1 Tahun
      • Pengalaman Mengandung Kali Ke Dua - Part 1
  • ►  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (31)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (77)
    • ►  December (9)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ►  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes