Okai, memandangkan kali ni saya menggunakan servis internet secara berbayar dan agak mahal kalau dibandingkan dengan yang dulu, makanya harus mengupdate blog dengan kadar yang kerap. Tapi tak boleh kerap sangat pasai saya seorang yang bizi. Bizines women.
Kalau diikutkan sejarah hidup saya, last week saya pegi Muo. Kawan saya bertunang, Si Nyot. Si Nyot ni satu kelas dengan saya sejak saya sambung belaja kat Batu Pahat ni. Beliau seorang minah rempit tapi bila malam datang, takut naik moto. dan Rasanya sepanjang proses pembelajaran kat sini, baru sekali dia pakai baju kurung. tapi itu pun saya tak pernah tengok rasanya. Ke pernah? Nyot, pernah ke? Kah kah kah
Si Nyot, tayang cincin couple. Yang sebelah tu available lagi. Jadinya, semoga panjang jodoh, dan cepat cepat ke jinjang pelamin. Kawin kang jangan lupa ajak. dan harap bersabar. Dan beliau bertunang dengan orang sarawak. Dan rupanya adat kat serawak, kalau bertunang akan dapat sijil. Sijil Pertunangan, bukan Sijil Penyertaan. Macam pelik, tapi dah adat kat sana. Kot sapa nak sijil pertunangan, boleh lah bertunang dengan sarawakian.
Justeru itu, Si Available bawak kami mengenal Muo memandangkan beliau turut merupakan seorang Muorian (??). Tapi, tak tau apa nama tempat ni. Tanjung kot? Tah. Tapi dia lupa bawak kami pegi tempat yang ada monyet. Maknanya lepas ni nak kena pegi Muo lagi le. Kih kih kih
Kenapa gamba kami lagi banyak dari gamba orang yang bertunang? Sebab, dia dah bertunang.
Tadi malam, tiba tiba ada lipan besau masuk dalam bilik saya. Mana dia datang pun tak tau, salam takda bagi, ketuk pintu pun takde. tau tau je dah melulu laju ke arah saya. Dengan pantas, saya amek selimut. tutup. dan cepat cepat tinggalkan laptop, amek kunci pintu, handpon dan beg. terus keluar rumah.
tapi kenapa saya pegi talipon kawan saya, Si Nyotnyot yang baru lepas bertunang tadi petang yang kat Muo sana nun? Bukan nya talipon kawan saya yang hanya sekangkang kera dari rumah saya ini? adoiyaa puunn..
Okay, saya talipon kawan pasai saya memang kurang berani dengan haiwan spesis geli geli, banyak kaki... huiihhh.... dan saya berterima kasih dengan kak long, pasai sanggup datang ke rumah saya. untuk membunuh lipan tersebut. Tiba tiba rasa macam teruk bebenau, hanya kerana sekor lipan. saya dah menyusahkan orang lain. tapi.. geli..
Oh ya, Selamat Bertunang kepada Si Nyotnyot. Semoga, panjang jodoh dan kawin lah cepat cepat. dan kepada lipan, inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
eh, tadi saya ada jawab test entrepreneur ke? test entrepreneur yang tah hape hape je tu? yang tanya soalan pasai financial, product cost, business entity.. huh?
"Bang, apa yang rosak ni?"
"Takda pape pun. Moto ni tak rosak. Tuan dia yg rosak."
....................................
"Korang amek kursus apa?"
"Letrik."
"Amek letrik pun, tak leh nak repair moto sendiri lagi?"
"Eh, kitorang mana belaja repair moto, kami belajar arus. Saya amek biomedik. tak belaja moto."
Belaja letrik memang kena tau repair moto ke? Cess.. Rupanya kepala plug je yg longgar. tapi kepala plug pun gua tak kenal. hahaha.
Esok dah start sekolah semester baru. Rumah baru. Housemate baru. Sandal baru. Tudung baru. rasa macam tak sabau jugak nak pegi sekolah. Nak tengok, lecturer tu hemsem ke dak. lawa ke dak. Spoting ke dak. Tapi azam semester baru ni, tak mau ponteng kelas dah. Pasai lepas,result satu subjek semester lepas teruk pasai selalu ponteng. Kah kah kah!!
Tapi semester ni susah la sikit nak bergerak. Transpot takdak. Yang ada transpot, nak pi mana mana bukan nak ajak. Takpa la. rezeki masing masing. time susah ni la buleh tolong kita jadi berdikari sikit. Kawan yg best best pun masing masing dah duk umah sewa masing masing.
Kalau dulu, nak pinjam toaster jerit je. Sekarang tak buleh dah. Macam mana nak makan roti bakar ni. Adoiya. Dobi pun dah jauh. Nak membasuh sendiri kang kulit tangan kasar, main sabun banyak sangat. Kah kah kah!!
Esok nak pi kelas, Kasut sekolah dah kapur, letak belakang peti ais. Esok kang kering la tu. Baju sekolah pun dah iron. Stokin dah susun elok elok. buku dah susun dalam beg sekolah. Hah, dah buleh pi tido ni.