Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
assalamualaikum dan hai.

alhamdulillah, tinggal lagi 7 minggu saja lagi. minggu depan start minggu ke 4 saya praktikal. setakat ni, not bad la. maybe awal awal tu tak biasa lagi dengan perangai sesetengah orang tapi takpa, kita sendiri pun ada perangai buruk yang orang tak boleh terima. so, kita terima orang dengan seadaanya :)

geng praktikal pun gila gila. nasib ada dorang, so takda la boring sangat. tapi minggu lepas dah start buat perangai. melepak aje keja nya. masuk keja lambat, keluar lunch awal, petang keluar makan. balik keja awal. hahaha. gini lah jadi nya kalau praktikal kat gomen. kot? tapi sebenarnya peel sendiri jugak kan.

keja yang ada kebanyakkannya budak poli yang buat. tapi macam pelik gila, dorang tak bosan pun berkurung dalam opis. technician ajak buat kerja kat luar pun dorang tak mau. kalau saya, saya yang mintak nak ikut. dorang tak bagi ikut, saya ikut jugak. haha.

setakat ni, selain belajar apa yang patut pasal service n system kat sini. saya jugak belajar cara nak "masuk" dengan staff kat sini. Kat sini technician semua lelaki, so kalau buat keja kat luar. memang akan dikelilingi lelaki. saya tak kisah sangat bab tu. hahaha. tapi mostly, dorang ni smoker. so yang ini lah yang kena belajar tadi tu, belajar tahan asap dan bau rokok. Phew, harap hidung saya ada filter terbaik punya. haha.
 
btw, sekarang dah start cari keja. susah jugak cari keja ni ye. lagi susah kalau takda pengalaman. nak cari kerja pun tak yakin. huhhu. wish me luck!


Assalamualaikum dan hai.

Hari ni genap seminggu saya ber-praktikal kat sini. Serius, saya hanya mampu berdoa supaya saya mampu bertahan untuk 2 bulan setengah kat sini. Bukan nya tak best, sebab saya rasa kat mana mana pun akan tak best kalau kita memang tak suka kat tempat tu. dan bukan nya saya nak cakap saya tak suka praktikal kat sini, tapi entah laaaahhhh.....

Tapi, memang benda macam ni lah yg mungkin saya akan hadapi bila saya kerja nanti. so, sekarang kena belaja untuk terima situasi begini. dan saya rasa, menjadi hipokrit tu adalah amat penting dalam kehidupan saya sekarang. Well, mungkin sekarang ni hipokrit tapi lama kelamaan maybe saya sendiri akan terima dengan hati terbuka tanpa meng-hipokrit kan diri.

oh ya, semua result dah keluar cuma final result je belum keluar. saya cuma mampu berserah dan pasrah aje. T.T

Dan, sekarang saya online guna internet jiran. internet jiran ni kadang boleh connect kadang tak boleh due to distance yg agak jauh pasai ini bukan jiran sebelah rumah, hurm. sebenarnya saya pun tak tau jiran yg mana satu. dan jangan ada yg tanya macam mana saya dapat password wifi dia ni. Haha. Since sekarang saya kat kampung and broadband pun dah terminate. jadi nya, kalau saya jarang blog-walking tu harap paham la situasi saya sekarang. Tapi tak lama, insyaallah 2 bulan setengah aje ya :)



assalamualaikum dan hai. okay, before dan after saya abes final exam aritu, member kelas ada buat satu BBQ, konon nya untuk meraikan kami yang bakal tamat belajar. BBQ ni hanya utk student perempuan saja since bilangan student lelaki kelas kami ni buleh kira pakai jari tangan je. Untuk menu, semua nya di masak sendiri member kelas saya, yup. member kelas pasai saya tak masak in fact tak tolong pun. Haha. pasai masa dorang duk masak tu saya ada hal. Menu malam tu, laksa penang, mee kari and soto. untuk BBQ, ada ayam bakar dgn sosej kot. tak sure sebab saya tak sempat nak jamah. oh ya, then ada ketupat sotong. nyam nyam.




Saya tunggu betul betul depan laksa sebab itu je yang saya suka. haha. dan, saya memang cedok banyak, ikut nafsu perut sendiri. tak peduli orang lain pun. dah la tak tolong masak. teruk betul. hahaha.

takda sesi membakar ayam sebab kami buat jamuan ni dalam university, orang university tak bagi bakar kat situ sebab takda lecturer yang join utk pantau. so, dorang bakar awal awal. then datang makan ramai ramai. sambil sambut besday member saya jugak. dan semperna makan buah durian yg dorang beli.




then, before saya balik. deme semua ajak main golf. konon nya last nak main sama sama, dulu last main time first sem kat sini. ingat lagi time tu, kononnya kitorang nak pulun abes semua game yg ada kat sini. dari naik basikal keliling universiti, sampai ke main kayak, sampai ke main golf. rock climbing tak main, segan punya pasal. lagipun, student yang handle game tu. badminton pun tak main sebab nak kene book court la, raket pun takda. yang paling rugi, kolam renang. tak sempat nak merasa sebab sampai sekarang pun tak siap siap lagi. hadoiii. kira nya, main golf time first sem masuk kat sini dengan last sem. pembukaan dan penutupan.

dulu zaman sekolah menengah saya ada masuk kelab golf, tapi ehem ehem. bukan nya reti pun nak main. haha.





then, saya cabut awal sebab nak kena gerak awal. Sedih betul. Bila la pulak buleh hu-ha-hu-ha dengan dorang ni. tapi takpa, apa yg penting sekarang, saya kena habes kan praktikal ni dengan jaya nya. oh ya, next week saya start praktikal :)
Assalamualaikum, dan hai.

Okay, tadi baru lepas abes final exam. So, no more final exam lagi lepas ni. (insyaallah). hope takda yg sangkut. So, dah boleh packing barang and say good bye to UTHM. Nanti gua datang untuk presentation LI, lepas tu konvo. Tapi dengar cerita, konvo nya tahun depan. Gara gara praktikal. Tapi tak kesah la, janji dah abes belaja kan. Takda nak serabut kepala dah. tapi bila free ni, macam serabut jugak. Serabut tak tau nak buat apa. Haha. Bosan jugak kalau takda keja sekolah ni kan. haha.

tapi, memang sedih bila teringat yang ini last kami bersama sama kat sini. Teringat masa mula mula masuk, happy time, sad time, stress time dengan members. Cepat sangat masa berlalu. Hope lepas ni kami still bersama even jauh.

for those yang still dalam situasi membelajar kan diri kat mana mana sekolah, please appreciate every moment. once korang dah nak grad and tamat belajar macam Ah Kak ni, memang korang akan sedih tahap gaban unless kalau korang memang takda geng. Hahaha.

So, sekarang dah boleh start pikir masa depan. haha, bukan nya before ni tak pikir, pikir jugak tapi nak take action tu macam lambat sikit. since sekarang dah betul betul tamat belajar, baru boleh take action. Action apa? action nak cari keja, hantar resume. Hope murah rejeki, dapat keja okay :)
Assalamualaikum dan hai.

Tahukah anda bahawasanya sekarang ini adalah musim study week untuk para budak U (sesetengahnya je lah)? Ya ya, memang saya nak bagitau yang saya  dalam minggu belajar (study week). dan Ya, memang saya budak lagi. even agak kekok mengaku diri ini budak U. tapi takpa, bila lagi nak mengaku since this is my last semester, my last study week (hopefully, insyaallah). tapi tak start study lagi. Sebab ada banyak benda lain yang nak disetelkan dulu. Hope sempat study lah.

dan doakan saya tak gugup masa intebiu esok. Ya, esok ada intebiu. First time nak pegi intebiu keja, ngeri pulak. Wish me luck babeh!
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ▼  2022 (2)
    • ▼  March (2)
      • Antara Buku Yang Sesuai Untuk Anak Umur 1 Tahun
      • Pengalaman Mengandung Kali Ke Dua - Part 1
  • ►  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (31)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (77)
    • ►  December (9)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ►  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes