Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Selepas dapat je kelonggaran untuk aktiviti perkelahan dan perkhemahan haritu, Hubbi terus ajak kami pergi camping. Si Melur ni pun dah lama asyik mintak nak pergi camping je, nak jumpa kawan kawan, mandi sungai, main pasir semua tu lah. Dia pun dah bosan kan berkurung kat rumah je sejak PKP ni. Last kami pergi camping kalau tak silap, awal tahun haritu dan sekarang ni dah nak hujung tahun. Dah lama la kan?

Disebabkan masih tak boleh merentas negeri, so kami pergi yang dekat dekat sini je dulu. Kalau boleh merentas negeri, rasanya semua orang pun akan pilih balik kampung dulu kan? 

Sebenarnya Hubbi dah lama booking tempat ni dengan tuan tanah, itu yang bila dapat je green light, terus panjang je langkah tu. Kita yang mak mak ni sebenarnya risau jugak bila dia ajak pegi camping, risau nanti kat tempat camping tu jumpa dengan orang ramai, musim covid ni kena extra berjaga jaga. Tapi Hubbi cakap tempat ni kawasan persendirian so takda orang lain melainkan kami saja. Okay, lega sikit.

Masa mula mula sampai, rasa macam terkejut jugak. Rasa macam, eh ada sungai ke kat sini, boleh camping ke kat sini, ni macam rumah orang siap berpagar elok je. Ya, betul memang rumah orang pun ya, rumah tuan tanah tu la. Dia bukak pagar dan kami masuk parking kereta kat dalam kawasan rumah dia. Masa ni saya still blur blur lagi, mana sungai nyaaa?? 

Bila hubbi bawak pegi ke kawasan belakang rumah, terus rasa wow sangat. Bestnya rumah tuan tanah ni, bestnya ada tanah besar macam ni. Ada kolam renang, ada kolam ikan, dan kat hujung tu baru la jumpa tapak camping tu dan disitu lah sungainya mengalir 😍


Kawasan dia bersih dan redup je, siap ada pondok sekali dengan meja kerusi lagi tau. Bukan tu je, siap ada sinki, mak mak yang nak masak masak ke BBQ ke sambil sambil piknik tu jangan risau, kelengkapan semua ada. Yang paling paling penting, toilet pun ada dan selesa sangat.

Eh yang kaki pancing tu jangan lupa bawak set pancing sekali ya, kat sini tuan rumah bagi kami pancing ikut suka hati asalkan untuk makan katanya. Haritu banyak jugak ikan yang kami dapat, siap dapat ikan patin lagi. Apa lagi, ikan patin masak tempoyak la kan, kebetulan memang ada bawak tempoyak. Hirup kuah tempoyak panas panas kat tepi sungai, syoknyaaa.

Punya lah best macam ni, cuba teka berapa caj sewa tapak ni untuk semalaman? RM50? RM100? Tak, salah ya sebab bayaran adalah seikhlas hati, yessss seriously SEIKHLAS HATI. Kemudahan dah la cukup lengkap, ada pondok elok berteduh, ada sinki, ada power supply. Siap boleh memancing lagi, ada tandas selesa untuk kaum kaum ibu tapi bayaran seikhlas hati je, ya Allah permurah betul tuan tanah ni, ya Allah murahkan lah rezeki tuan tanah ni, berikan dia kesihatan yang baik, jauhkan dia dari wabak berjangkit ni. Aminnn.

Okay, next nak pergi camping kemana ni?


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah dekat setahun saya jadi surirumah. Kalau nak sedap sikit kita panggil housewife, nak lagi power panggil stay at home mom 😂

Power tak power, sedap tak sedap, hanya yang lalui je paham kot. Dulu before decide nak resign, habis semua member kita pm tanya macam mana feel jadi surirumah ni. Tak mudah ya untuk yang pernah merasa makan gaji ni decide untuk berhenti kerja. Walaupun saya pun tak pasti sampai bila saya nak "rehat" tapi still, banyak benda yang kita pikirkan "sementara" jadi surirumah ni. Dan rata rata semua orang pun cakap bila dah jadi surirumah ni memang kene banyak belajar bersyukur dengan apa yang ada dan jangan compare hidup kita dengan orang lain. Fuhh, berat bunyi nya tu kan?

Itu belum lagi part nak menepis suara suara halus yang cop kita duduk rumah goyang kaki je and habiskan duit suami je. Pastu masuk pulak part yang cakap surirumah takda duit sendiri, takda saving and kalau ada apa apa jadi kat suami, surirumah tak mampu nak teruskan hidup sendiri. Allahu, seram jugak bila baca part ni sebab masa depan kita tak tau macam mana kan. Kadang kadang kita rasa kita dah cukup kuat dan bersyukur dengan apa yang kita ada tapi bila masuk suara suara halus ni yang buat kita goyah kan? 

Tapi yang bagusnya dengan suara suara halus ni, kita boleh amik jadikan sebagai dorongan. Kalau dorang cakap surirumah takda duit sendiri, sekarang dah ramai ya surirumah yang buat duit sendiri meniaga online macam macam. Jadi agent, jadi dropship sana sini, tinggal nak cari dan buat je. Lagi best sebab sambil jaga anak pun boleh cari duit, tak kalut nak hantar ke rumah pengasuh, ini kelebihan yang saya nampak pada surirumah. Dulu masa kerja makan gaji, pagi pagi dah keluar rumah tinggalkan anak kat rumah pengasuh sebab nak cari duit. Tapi of course la, kita tak boleh compare surirumah dengan makan gaji. Penatnya lain, susahnya lain, hasilnya pun lain. Cuma, bila ada yang cakap surirumah takda duit sendiri, kita tau benda tu dah tak valid.

Tapi tipu la kalau kata tak rindu nak keje balik, kadang kadang tu rindu jugak. Rindu nak masuk meeting, rindu nak buat drawing, nak masuk site. Tapi bila ingat balik punca utama berhenti kerja dulu terus rasa lega dan syukur dengan apa yang ada sekarang. Kalau tanya pada saya sekarang, saya masih nak stay sebagai surirumah 😌



"Ibu, ibu jangan buat work. Ibu go masak, nanti ayah balik ayah nak makan. Nanti ayah cakap, manaaaa nasi ayah"

Okay, alasan ni memang dia akan guna tiap kali dia nak tengok Pink Fong kat laptop ya,. Konon nak suruh ibu tinggalkan laptop kejap, pegi dapur and masak dulu sambil tu dia boleh layan cerita dia kat laptop. Andd bukanlah sebab ibu malas masak. Harap maklum 😂

Tapi entah dari mana laa dia belajar membebel macam ni ya, okay kita taknak mengaku even sendiri tau salah sendiri 😋

Sebenarnya tak expect pun dia akan cakap macam tu, terkejut pun ye jugak bila dia cakap macam tu. Rasa macam dejavu, rasa macam pernah dengar tapi versi lain sikit. Selalunya saya yang guna alasan nak masak bila dia ajak main sama sama.

Maka, betullah apa yang orang cakap yang anak ni cerminan ibu ayah dia. Dia tak ikut apa yang kita pesan, tapi dia ikut apa yang kita buat. Even benda simple bab bagi alasan macam ni pun dia ikut, apa lagi habit kita yang lain. Kalau ikut habit baik takpa lah, tapi biasanya jarang orang nak ikut benda baik, selalunya benda benda yang tak elok la kan?

Satu pengajaran jugak buat diri sendiri, tak alert dengan benda benda macam ni. Sama sama kita belajar jadi ibu ayah yang lebih baik untuk anak anak kita 💖

"Ibu, tengok tu abang dia main dengan ibu dia. Ibu dia tak buat work pun."

Peh, syahdu jugak sekali anak sound sedas gitu. Ibu menggelabah, terus tutup laptop and ajak dia main sama sama. 

Rasa bersalah even dah jadi fulltime housewife pun tapi still takdapat bagi perhatian penuh kat anak. Kalau nak cerita bab busy ni, actually semua orang pun busy and ada komitmen masing masing tak kira housewife ke careermom ke. 

Yang housewife tak payah la nak compare dengan yang bekerja, yang bekerja pun takpayah la nak compare dengan housewife sebab semua pun ada pro and cons. Yang penting kita selesa dengan pilihan hidup kita sendiri. Selagi kita tak bersyukur dengan apa kita ada, jadi anak raja pun takkan pernah nak cukup.


Andd pengurusan masa pun penting jugak sebenarnya, jadi housewife ada banyak masa tapi tak pandai manage masa pun semua benda akan kelaut jugak, ni saya cakap pasal diri sendiri ni. Andd ada mak yang bekerja tapi semuanya smooth je sebab dia pandai manage masa dia dengan kerja and family.

Apa pun, semoga kita menjadi ibu yang terbaik untuk anak kita, insyaallah 💖

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ▼  2022 (2)
    • ▼  March (2)
      • Antara Buku Yang Sesuai Untuk Anak Umur 1 Tahun
      • Pengalaman Mengandung Kali Ke Dua - Part 1
  • ►  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (31)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (77)
    • ►  December (9)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ►  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes